cian kat korang,aku syorkan korang buat sendiri lagi puas hati,nie amik nie aku bagi
RESEPI LASAGNA
nie untuk 6 orang leh makan
·
300g daging cincang (lagi senang kalau
guna daging burger sebab berperisa)
·
1 botol prego (yang kecil)
·
2-3 batang celery
·
cendawan butang (sebanyak yang suka)
·
2 biji tomato (potong dadu)
·
1 biji lobak merah (dihiris halus)
·
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
·
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
·
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
·
Sedikit lada sulah
·
Garam secukup rasa
·
Gula secukup rasa
·
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi
sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
·
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak
cukup)
·
2 sudu besar mentega
·
4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah
kalau nak likatkan kuah
·
1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa
jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair
untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
·
1-2 cawan susu segar (yang dalam
kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
·
Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk
perasa
·
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain
seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
·
Boleh juga masukkan chicken cubes untuk
perasa tambahan
Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C
2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan
bawang merah dan putih sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak,
kemudian masukkan daging cincang.
4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging
sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab
tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih,
padamkan api.
7. Sediakan sauce pan, panaskan.
8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum,
kacau sehingga sebati.
9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung
tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam
sedikit. Kemudian padamkan api.
11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan
kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair
supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit
cheese sauce tadi.
13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit
lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah
daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga
masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
15. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak
cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese
cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit
baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan
kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
16. Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan
base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan
bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan
memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp :D
17. Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu,
belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah
daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan
lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak
lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung
kepingan lasagna tu yew)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dah PANDAI baca tue,TOLONG la komen sikit!!
^_^