Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia
masih hidup.
Begitulah juga.
Begitulah juga.
setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang.
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah
kamu MENJAGA hatinya.
Janganlah
sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA
oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah
berpada, jangan terlalu mengharap
pada takungannya & janganlah
menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila
sekali ia retak.
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.
Akhirnya
ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih
dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
& janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi
kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya.
Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS
hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain??
Terlalu ingin
mengejar kelazatan. KELAK.
Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh
memakannya.
Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti
membawa KEBAIKAN kepada
dirimu. MENYAYANGIMU.
MENGASIHIMU.
Mengapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain??
Terlalu mengejar kesempurnaan.
KELAK.
Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Lalu kamu juga yang akan MENYESAL!!!!!!
#Sayangilah wanita setulus hatimu wahai insan yang bergelar lelaki.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dah PANDAI baca tue,TOLONG la komen sikit!!
^_^