temanku

16 Mei 2013

Sepi tanpa kata

Hai hai hai ! Wah lama tak update . Habis bersawang ! Nak kena cuci bagi bersih nie. Clean n Clear la. Boleh begitu?
Eh ! Lupa pulak. Assalamualaikum teman blogger semua.
Tiada yang menarik pun nak dikongsikan. Just kisah-kisah seharian hidup sebagai pelajar. Tue je pun! Ape makna SAHABAT tue nyerk? KAWAN dengan SAHABAT nie lain maksudnya kan? CINTA pulak ? Lagi la takde kaitan ! Tapi . . . . . .
Ade kesah disebaliknya ! Siapa tak sayang kawan-kawan kan. Apatah lagi bila kita dah anggap BFF kita. Kadang-kadang kita jaga perhubungan tue. Tapi orang lain ? Mungkin kita tak sedar salah kita kan, sama-sama la tegur. Perumpamaan KAWAN MAKAN KAWAN, TALAM DUA MUKA ! Memang dah sinonim dalam kehidupan. Tak kisah la nak anggap aku nie ape pun ! Tapi jangan letakkan kesalahan 100% dekat aku sorang je ! Macam tak adil pulak rasanya kan ? Satu je yang tak suka cara kau ! Kenapa kau BERUBAH kerana CINTA ? WHY . . . . . . . . .. . . . . Biar la kau dengan cara kau kawan ! Kalau kau rasa ini yang boleh buat kau BAHAGIA , terpulang ! Walaupun sanggup tak bertegur dengan kawan-kawan lain. Dan satu hal ! Dengan aku, kau tarik muka mungkin sebab aku bawak cerita ke buat cerita ke . Ok takpe ! Tapi berjaga-jaga la, musuh dalam selimut kita tak tahu kan. Ape pun kau tetap kawan aku dunia akhirat ! Aku still doakan kebahagian korang berdua.

Rindu nak macam nie !


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

21 Apr 2013

Muncul kembali

Setelah sekian lama menyepikan diri! Hari nie aku muncul balik. Bukan taknak update, tapi tak tahu nak update pasal ape. Adeh!! Nak sembang pasal ape nie?? urmmmmmmmmmmmmm. 

Ape khabar #ZULHAIRI dekat sana nyerk? Semoga kau sihat-sihat selalu. Nak bertanya khabar, sudah tentu la dia tak sudi. Biar la rindu nie aku pendamkan je! Dah 5 bulan tapi still ingatkan dia, sayangkan dia. Adeh! Kenapa la kan. #GEMUK suruh aku lupakan dia, dia cakap buat ape ingatkan dia. Belum tentu dia ingatkan kamoo, betul juga cakap #GEMUK. Belajar terima hakikat, selagi kamoo tak terima hakikat selagi tue la kamoo ingat dekat dia. Urm! Macam mana nak buat??? Dah cuba tapi still tak boleh. Kalau dah rindu sangat, sebelum tidur mesti airmata nie mengalir je. Saya betul-betul sunyi! Takde sape nak saya tumpangkan kasih sayang, mengadu masalah. Time #ZULHAIRI ade, dia la tempat saya meluahkan perasaan, menanggis.  
Tiap hari bukak #FACEBOOK adik stalker wall dia. Bahagia betul dia sekarang! Saya tumpang gembira awak, walaupun saya sedih. Setiap kali bangun tidur tengok enset berharap sangat ade call dari dia. Tapi semua tue angan-angan saya je. Saya tahu awak takkan call saya dah! Lupakan la semua angan-angan nak naik pelamin. Insyaallah lepas abih #DIPLOMA ingat nak amek #DEGREE. Nak lupakan masalah yang ade, kalau ade rezeki nak pergi sabah sarawak pulak. :) 
Mengapai cita-cita ! Insyaallah kalau panjang umur. Bak kata #IZHAN belum jodohnya lagi. Tue sebab awak belum berpunya. Betul kata #IZHAN tue! Berserah kepada yang maha esa, sape jodoh saya. Saya terima seadanya. Harap pasangan saya pun begitu! -amin-



     Suka lagu nie bila #IZHAN nyanyikan! Bangun pagi ON laptop terus download lagu nie. :)

Buat aku teringat dekat #MR. ZULHAIRI a.k.a MUNCET! Rindu dekat kau doh. :(




seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

27 Mac 2013

Jamuan Perpisahan PUAN NURUL

Setelah dirancang, akhirnya selesai juga jamuan nie! Walaupun jauh beza dengan makanan yang dirancang tapi semua berpuas hati dan bekerjasama. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan secara langsung ataupun tak langsung. Semoga persahabatan kita satu kelas kekal selama-lamanya. Rancangan kita seterusnya bercuti ke PULAU TIOMAN! Puan Nurul macam mengharapkan kita pergi sana je kan, Insyaallah kalau ade rezeki sampai la kami kesana. 





Sayang PUAN NURUL!

ARTIS!


SECRET RECIPE!



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

16 Mac 2013

Masih mengharap!

Perlu ke mengharap pada yang tak sudi? 
4 bulan bukan masa yang singkat. Masih mencuba mengikis semua kenangan bersama kau ZULHAIRI! Argh. . . Sukarnya rasa. 
Disebabkan benda nie jadi, aku jadi takut nak terima lelaki! Apatah lagi nak percaya. Urm! Bila la masa yang menentukan. :)


Buat AZAM ! Mintak maaf sangat-sangat. Aku dah cuba tapi tak boleh. 

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

4 Mac 2013

Perkenalan

TIN . . . TIN . . . TIN . . .
Tumpang lalu kejap! Mengambil masa sebentar nak update blog nie walaupun kesihatan yang tak mengizikan. Tak tahu la demam sebab ape! Maybe demam sebab asyik kena presentation je kot. HAHAHAHAHA. Naik tension rasanya! Cepat la masa berlalu, tak sanggup nak menunggu dah. Ok!

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku ditinggalkan! Tapi sayang dekat dia tue still ade lagi. Bila teringat je mesti nangges. Tak tahu nak buat macam mana dah. Dia pun dah bahagia yang yang tersayang. Sapa kata SINGLE nie tak sunyi. Memang sunyi yang teramat la habaq ang! Tapi takpe, ade member yang sudi teman aku bila aku sunyi, bila aku sedih! Dia la orang first aku akan tepon. Bila dah dengar suara dia, terus hilang semuanya. Silap-silap boleh jadi gila sekejap! HEHEHEHHE. Sekarang nie makin kerap ar aku dan si GEMUK a.k.a SHAH berhubung. Kejenya asyik nak cari pasal je! Ape pun tak boleh. :)

3/3/2013 first date dengan ZAM! HAHAHAHAHA. Pemalu orangnya! Last-last aku pun jadi pemalu. Datang dari jauh semata-mata nak keluar dengan aku. Terbaik la! Dah la time keluar aku pulak tak berapa nak sihat, tengah syok-syok makan die ajak aku pi klinik. Bila aku cakap taknak je! Mula la die membebel! Pekakkan telinga jela. HEHEHEHE. Kuat membebel orangnya!

Thankz sudi datang n bawa keluar! Tak lupa jugak untuk hadiah yang tak seberapa nie. Saya akan hargai pemberian awak tue ZAM. Tolong jangan mengharap someting dari aku! Aku takut aku akan kecewa kan kau Mr.Zam.



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

2 Mac 2013

Sayang korang!

Pejam celik pejam celik! Dah tak lama lagi nak berpisah dengan kawan-kawan. Sedih! Entah bila la nak bergelak ketawa, gaduh sama-sama, makan sama-sama, study sama-sama. Uargh! Besar macam mana pun masalah kita. Kita tetap selesaikan dan bersama juga.

Tahniah buat budak-budak DTC ADTEC Shah Alam kerana JUARA dalam pertandingan nasyid sempena maulidur rasul baru-baru nie. Walaupun ada konflik dalam kumpulan sampai nangges-nangges, tapi kita tetap bersama. Maaf andai ada terkasar bahasa semua! Sayang korang.

Kumpulan ANNISA

Pakcik saya!

KAMI

NYUM . . NYUM . .

Teman bersama!

KAMI

Amboi!

Mereka!

Senyum


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

26 Feb 2013

Kawanku!

Yeah! Alhamdulillah lappy kesayangan saya dah siap. Lega rasanya. Dekat rm1000 jugak la betulkan lappy. Kalau beli lappy baru pun dah boleh. Tapi sayang ngan lappy lama sebenarnya. HEHEHEHE.

Lama gak dah tak update blog nie! Lama tak lama la kan. So hari nie luangkan masa sekejap untuk update blog yang tak berapa nak matang nie. Blog nie macam budak-budak sikit kan! Tapi takpe la kan, Ok jugak. HUHUHUHU. 

Nak tunjuk gambar je pon!

Mereka la teman gelak tawa bersama. KAMI takkan berpisah. Tetap bersama!

JAVA team!

Girl only!

KAMI

Eh! Kenapa tue?

Bersama jejaka-jejaka!

Bersama!


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

26 Jan 2013

Rindu Mr.ZULHAIRI!

Terlebih dulu aku mintak maaf sebab bukak balik entri pasal kau! Sebabnya aku betul-betul rindukan kau. Sebak wey hati nie. Apa perasaan kau buat aku macam nie pun aku tak tahu la! 12/11/2012 hari paling sedih bagi aku. Tak sia-sia aku sayang kau, ragu-ragu kat kau. Tapi balasan nya! MengHAMPEHKAN!! 

Kau tetap aku sayang MOHAMAD ZULHAIRI BIN HASSAN!



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

Menghabiskan cuti bersama teman-teman ADTEC

Yeah!
Update lagi. Lappy kesayangan dah nak kuar wad tak lama lagi. Suka gila! Maklum la dah hampir 2 bulan gak tak dapat belai dia.Pergh! Rindu siot. . . Sem nie memang perit gila rasanya! Pening ngan FINAL PROJEK je. Dah la 2 bulan je! Mana cukup wey. Sabar jela. Nie la cabaran masa belajar! Harap-harap lepas la FINAL PROJEK nie. Nak gradute sama ngan kawan-kawan! :(

Kelas baru je start seminggu dah cuti lagi 5 hari sempena maulidur rasul dan thaipusam! Seronok habaq ang! Tuuuue ddiiiiiaaaaaaaa! hahahahaha. Buat kali pertamanya cuti lama macam nie aku tak balik rumah. Kalau dulu tak bagi cuti pun aku cuti sendiri. Kali nie dah dibagi cuti tak nak pulak balik. Nanty raya cina cuti lagi, bulan 3 cuti mid sem pulak. Time tue baru balik kot! Itu pun kalau rajin la. 

Bila dah cuti takkan nak duk je kat hostel! Apa lagi merayap la kan. Tapi bukan hari-hari pun. Sehari cukup la! Ape ingat anak datuk nak keluar tiap-tiap hari. Tokey kayu balak pun boleh bankrup habaq ang! Plan-plan punya plan kami bercadang nak pi greenbox! Karoeke la apa lagi. Best ooOoOOo! Hilang tension kata kau. Yela! Nak keluar ngan sapa lagi kalau bukan dengan kawan-kawan. Diorang la kawan aku time aku susah senang! Happy gila dapat kenal dengan korang. Hari-hari aku sentiasa dihiasi dengan gelak tawa, Ceeeewaaaah! Tapi betul la. Tak lama lagi dah nak berpisah! Pas nie masing-masing buat hal sendiri. Sedih lorh!!!

Senyum!

Tuuue Diiiaaa!


KAMI!!

Jemput makan!

Hey you!

Pergh! Feling terlebih nampak.

Macam takut-takut je nak nyanyi

Peace!




Enjoy! Tebaik la der. Nanti kita keluar lagi


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

21 Jan 2013

20/01/2013!

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak majlis akad nikah dan persandingan kawan aku! Semua berjalan dengan lancar. Akhirnya tamat juga zaman bujang dia! Sedih aku dah takde geng. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. So sweet!

EN. HAFIZ dan PUAN AFIKA!






seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

18 Jan 2013

Coretan di Tengahari!

Wah! Bersawang blog nie. Maklum la laptop rosak so nak udate blog pn takde masa. Urm! Rindunya kat lappy saya. Selamat tahun baru 2013. Coretan pertama untuk tahun ni! Alhamdulillah aku masih bernafas hingga ke hari ini. Tahun nie umur aku dah 21 tahun. Azam aku tahun nie memang lawak! Ada ke cakap nak SINGLE sampai tahun depan? Macam tak logik je kan. Tapi tu bukan azam aku pun. Saja nak gempak-gempk sikit! ehehehehhe. Tapi ada jugak yang percaya! Tue yang tak tahan. Aish! Tahun nie gak rasanya ramai member-member aku nak kawen! Kenyang nasik minyak jela wey. Ape pon tak boleh!

Ingat blog nie pon patut bertukar wajah la pada tahun nie! So tunggu masa free baru la aku tukarkan persalinan blog aku nie agar nampak lebih menarik. Rajin-rajin la usha blog yang tak berapa menarik. Cukup la tue! Malas nak cite ape-apa. Ngantok dah!

Selamat pengantin baru sayang! Sedih tak dapat tengok PIKA ( http://www.facebook.com/feeka.latisya?fref=ts ) nikah esok. Dapat tengok dia sanding je nanty. Sedihnya! Takde geng dah. :'(






seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~