temanku

18 Mei 2012

Malam Yang Membosankan

huargh!!!!!!!!!!!
alamak, menguap pulak kat sini, aduh! sebenarnya mata aku nie mengantok tapi tak leh tito. Sebab bukan time dia. Nak tengok TV, tapi tv dah meletup. Nak kuar takda moto apatah lagi kereta. Kawan-kawan aku pulak masing-masing senyap jew, kalau tak sibuk duk ajak kuar! hampeh.. Memang bosan kot! Layan cerita kat www.youtube.com je pon! Itu pon dah tak tahu nak tengok cerita apew dah. Majalah remaja pon dah berapa kali aku "khatam". Nak mesej? memang enset aku sentiasa senyap je, kalau ada pun setakat 2 or 3 mesej je. Maklum la saya takde peminat! Kalau ada pun saya tak berminat. Tiba-tiba duk teringin nak minum AIR TEMBIKAI. Nak kuar malas, dan-dan lak akak kat asrama aku nie nak kuar pi makan. Aku pun kirim la air tembikai kat dia! pergh.... segar rasanya >_<

Esok kerja pulak! Macam biasa la kan, hari sabtu memang aku kena kerja. Malas pulak rasanya, nasib la esok tak banyak kerja sangat. Sebab aku dah buat report bagi siap tadi, so esok tinggal untuk meeeting jew! Terasa penat pulak bila dah kerja nie, macam nak berhenti pun ada. Tapi tak leh, susah bila takda duit nanty. Nak tak nak kerja la, ada jugak duit poket! Lagi-lagi nak raya nie kan. Mesti nak shooping sakan. huahuahuahua.

Nak cerita ape lagi nyerk kat sini?? ha! Aku tak sangka member yang aku kawan 2 tahun lepas stay contact aku sampai sekarang. Memang terkejut gak lak! dah hampir setahun tak contact, tiba-tiba dia call aku. Borak punya la lama, memang best la. Tapi pelik nya masa aku study dia lansung tak contact aku. Bila di tanya dia cakap dia tak nak kacau aku. Maaf SHAH, "terngumpat" awk kat sini!

Dah la jom layan suria fm http://www.suriafm.com.my/2012/dengar_online.aspx sambil makan coklat n minum air tembikai >_<



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

16 Mei 2012

Awex KEDAH mai!

Aku rasa macam baru je balik, tapi dah rindu sesangat kat someone yang special! bukan buah hati tau. Nie semua gara-gara dapat adik baru. Perempuan lak tue, abih la adik aku yang sorang nie touching la pas nie. huahuahua tue pun dah merungut kat IBU awat amek adik baru. Takpe! akak akan bagi kasih sayang yang sama nyerk buat adik-adik akak. Dah la aku suka budak, fisrt jumpa aku dah geram ngan kau! sampai je rawang ari tue terus beli MCD, tengok die makan punya semangat. suka tengok! Debab n pendek, jalan pon terkedek-kedek. Terasa nak balik rawang je! windu kat "awex kedah" tue. Kecik-kecik bila cakap macam orang tua, die punya loghat kedah bukan main lagi nyerk. Akak pun layan je la kamoo. Tunggu awal bulan nie aku nak balik jumpa die, RINDU sesangat dah nie kat BALQIS


COMEY kan awex kedah nie! bergaya dengan cermin mata aku. CAYUNK adik BALQIS

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

15 Mei 2012

Terhina atau Menghina?




Fuhh!!
Banyak tul dugaan sejak akhir-akhir nie, semakin menjejak dewasa makin kuat dugaan nya nyerk. Dengan masalah family yang tak pernah selesai, ditambah pulak dugaan oleh masyarakat sekeliling! bukan bermaksud aku nak merungut atau apew, tapi aku dah sekuat dulu tuk menghadapi nya seorang diri. Seumur hidup aku belum pernah lagi aku dihina dengan begitu "kejam". Macam terasa bermimpi masa tue, maklum la kebetulan baru bangun tito! laju jew airmata nie keluar bila dengar perkataan yang aku sendiri tak sangka yang kau keluar kan tuk aku. Terasa masa tue aku la manusia paling hina ade kat dunia nie, tapi terpaksa aku gagahkan juga g office demi menjalankan tugas walaupun airmata nie tetap mengalir. Berat hati nak memaafkan kesalahan yang telah kau buat, tapi aku bukan seorang manusia yang kejam! walaupun besar mana kesalahan kau terhadap aku, aku tetap memaafkan kesalahan kau. Aku sedar aku bukan seorang yang terlalu baik. Banyak kesilapan yang telah aku lakukan, tapi tak perlu kau menghina aku !! n aku pun dah cermin muka aku yang "comey" nie. memang aku sedar siapa aku. Aku bersyukur dengan kurniaan ALLAH yang telah diberi untuk aku. Walaupun aku dah maafkan kesalahan kau, tapi still akan teringat-ingat difikiran aku. Aku harap kau adalah manusia yang pertama n yang terakhir menhina aku sedemikian rupa. Kau boleh benci aku walaupun kesalahan aku tak sebesar mana. Tapi aku tak boleh membenci kau. Sebab kalau aku membenci seorang manusia, lagi ramai manusia akan terus membenci aku! Aku cuma seorang manusia yang lemah, tak mampu untuk membuktikan ape-ape kebenaran kat kau. Sebagai seorang manusia, aku juga tak lepas melakukan kesilapan begitu juga kau. Setiap pertemuan adenya perpisahan, setiap perpisahan ade nya pertemuan yang baru! Biar la orang nak kata aku cuma berpura-pura, hanya diri aku jew yang mampu menyatakan kebenaran yang sebenarnya. Mungkin dah tertulis kehidupan aku begini, so aku akan cuba terima seadanya! Walaupun diluar aku akan ketawa, tapi dalam hati sentiasa menanggis. Aku tidak akan mudah putus asa kerana kawan-kawan aku juga yang banyak menguatkan aku untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh onak dan duri! Hati manusia kita tak boleh nak dijangka.


p/s:Andai kata kau terbaca CORETAN BLOG aku, aku harap kau ubah sikap panas baran kau tue! aku akan tetap terima kau jadi "sahabat" aku. Itu pun kalau sudi terima aku sebagai seorang sahabat bukan sebagai seorang MUSUH. Maafkan aku kalau kau tak suka tak cara aku, ini je la tempat untuk aku meluahkan perasaan yang aku pendam. Anggap la cerita ini diibaratkan "adik" kau yang menjadi mangsa penghinaan. Mesti kau akan tahu perasaan aku. N lagu kat atas tue kau fahamikanlah maksud yang tersirat, Aku dah faham maksud lagu tue. TERIMA KASIH atas semuanya >_<








seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

9 Mei 2012

Apam Pakadot

Yahoo!!! 
esok balik kampung, sukenya aku.. boleh jumpa "budak sengal" hahahaha.. lepak lumut lew jawabnya. tengok-tengok tersangkut terus kat sana. kisah yang lalu jangan dikenang. aku pun dah hampir melupakan insan yang tak reti bersyukur! n aku bukan jenis yang kaki gaduh pasal LELAKI. budak tak matang jew gaduh pasal lelaki. ape yang mampu, aku doakan kebahagian mereka. >____< 
no GADUH-GADUH nyerk sekarang. huhuhu lambatnya hari khamis, aduh! dah rindu kat semua dah nie. konon nya tadi petang nak buat apam pakadot nak bagi adik-adik n ibu, last tak sempat nak simpan dah abih. hahaha. apam tue pon tak sempat sejuk dah abih kena telan dek aku ngan kawan. serius kali nie buat jadi. leh buat tuk raya nanty. toink2!! kali nie saya buat apam "pakadot" tau. tak tulis nama siapa-siapa pun, sebab takut ade yang terasa hati pulak. kita kena jaga perasaan orang lain sama. orang tak jaga perasaan aku, aku tak kesah pon. tapi aku akan cuba jaga perasaan orang walaupun terasa pedih kat hati nie. tapi aku mampu leh tersenyum n ketawa lagi. kata ape la korang nak kata kat aku. sikit pon aku takkan lawan. ape yang mampu aku buat hanya diam kan diri n tengok jew, aku bukan siapa-siapa yang nak membalas semua perbuatan orang. ok TERIMA KASIH 


nie la hasilnya!! tarraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. comey tak?? sedap tau...

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

7 Mei 2012

IBU

Pejam celik pejam celik! sedar-sedar dah bulan 5, sekejapnya masa berlalu nyerk. untung pejam celik, buatnya pejam tak celik-celik cam ne?? huhuhu umur aku pun dah semakin meningkat dewasa. itu pun tak sedar-sedar diri lagi, peragai still macam budak-budak! hahaha sedar tak sedar gak dah 17 tahun "MAK" aku pergi mengadap ilahi. 13/5 nie pulak HARI IBU, so ape yang mampu aku hadiah kan sempena hari ibu nanti adalah bacaan yassin untuk disedekah kan kepada arwah mak. semoga die tenang disana. "saya sayang mak saya" tapi aku tetap ade lagi seorang insan yang bergelar IBU. die la ibu kedua aku. tempat aku mengadu n menumpang kasih sayang!! 







nie la ibu saya!! happening kan??? saya sayang IBU saya. tak tahu nak beli hadiah apew tuk IBU. mybe belanje makan n belikan KEK COKLAT je kot. huhuhuhu. nak balik rawang la khamis nie, IBU amek anak angkat perempuan. so nak pi jumpa adik baru. huhu akhirnya impian ibu tuk ade anak perempuan tercapai walaupun hanya anak angkat. huhu mesti adik-adik aku buli dak kecik nie nanty. tunggu la kakak korang nie balik nyerk!! dah nak siap lesen P aku nie, pas nie merayap je la keje aku ngan adik-adik aku nie. huhuhu dikesempatan nie jugak aku nak ucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada ibu-ibu atau pun yang bakal menjadi ibu tak lama lagi.. sayangilah IBU anda sebelum mereka pergi meninggalkan anda semua. biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Jangan sedih sebab putus ngan seorang PAKWE/MAKWE, tapi sedih la bila putus ngan seorang IBU/MAK/MAMA or UMMI.


Sekian dari saya FARAH SUBHI melaporkan. huahuahuahuahua gedik kan?? begini la bila dah kebosanan yang melampau, nak mesej pakwe, duk sibuk ngan kejenya. menyampah pulak aku rasa. ntah bila nak jumpa pon aku tak tahu la. ntah raya baru dapat jumpa kot. duk menunggu die masuk meminang aku pon tak tahu bila, 24 jam buzy ngan kejew. bila aku buzy kejew pandai marah aku, bila kena kat die, mula bagi alasan. nasib la aku sayang kau SHAHRUL, kalau tak memang dah kena tinggal ngan aku. huahuahua hadiah bzday kau pun ntah bila nak bagi pun aku tak tahu, dari tahun lepas bawak ke tahun nie, tahun nie bawak ke tahun depan last-last aku xpayah bagi kat kau,. abeh cerita!! kejew kat manjung balik la, leh jumpa die hari-hari n leh teman die main futsal sambil usha member-member die, huahuahua member-member kau semua dah berkahwin, kau tue ntah bila la. tunggu die masuk meminang aku je skunk nie, family dah bagi lampu HIJAU. ~saya sayang awak selamanya~



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

6 Mei 2012

Makan dan Makan Lagi.....

Minggu nie aku tak kemana-mana, dah la hari sabtu kena kejew! pulak tue takde kejew nak buat kan, kat office aku duk melukis je kejewnya, ok la tue kan? janji aku tak kacau orang, itu pun ade gak orang dengki!! lantak la! janji aku tak usik orang. sudah!! konon nya petang tue nak g pasar malam, tapi xjadi, kitorang g beli barang dapur kat MYDIN jew, murah pun murah. aku pun pi la usha ikan n ayam. tengok punya tengok aku amik la sekor ayam n sekor ikan siakap. murah lak tue. jadi la kan! tuk buat makan je pon. hahahhaha ikan siakap tue aku beli sebab nak masak "siakap tiga rasa" sebab dah teringin sangat tue yang sanggup beli, n malam tue nak buat "apam pakadot" sebab die comey, so ingat nak buat. tue yang nak mencuba dulu, hahahhaa. dah la buat dan2 xcukup barang. memang gelak sakan kitorang semalam. gambar orang aku tak dapat tangkap sebab privacy kan. yang seronok nak buat sebab warna warni. dah raca macam bukan nak buat kuih, tapi men warna-warna pulak. disebabkan acuan apam tue xdew, so kitorang punya "apam pakadot" tak berape jadi comey. tapi dah terasa sedap tau.hahahhaha. malu nya la,. tapi sedap kot!! serius tak tipu. tapi seronok buat.. hahha. 
dah la aku nak pi kuar nie,






nie MENU aku n kawan-kawan aku tadi, hehehehhe

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

4 Mei 2012

Rezeki Datang dan Pergi

sekian lama tak update nie tau!!
alhamdulillah hari nie aku dapat gaji, walaupun tak banyak tapi rezeki tue masih ade. maklum la bulan nie jew aku banyak cuti, tue yang gaji banyak kena tolak. tapi still leh simpan ag! yeke leh simpan? macam tak je aku rasa. dapat je gaji, aku terus kuar buat "cermin mata" baru. itu pun just tukar cermin jew! dah kena rm140.. bayar bil "broadband" rm50. pas tue duit nak beli barang dapur rm50 gak! ade la simpan sikit. itu pun nak kuar lagi nanty! adoi... ekonomi semakin meningkat. duit lesen lagi rm250. lom lagi duit saja-saja!! ape pon aku kena lepas kan yang penting dulu. yang lebihnya baru la nak simpan or nak guna. hahahaha. nak shopping, aku dah shopping guna duit ayah aku bagi tuk wat lesen! hahaha. so duit gaji kena cover balik tuk buat lesen! dah la beli seluar jeans 2 helai xmuat. dah rugi rm60 tau! peha aku besar sangat. tak puas hati esoknya ajak member kesayangan aku g "uptown shah alam" semata-mata nak beli seluar jeans. 2 helai aku borong! rm90 tau. tue la aku kalau dah dapat beli baju macam tue la. lagi-lagi time aku gila nak beli kasut, beg or seluar jeans. tapi saya tak mampu nak beli yang berjenama macam awok-awok semua. janji benda tue elok, selesa dipakai tue dah mencukupi! tapi aku nie jenis kedekut nak beli barang yang berjenama! kalau nak beli perkara pertama yang aku pikir pasal makanan. hahahha terukkan???  yela sesetangah orang sanggup berlapar janji dapat benda yang berjenama. tapi aku tak! huahuahuahua raya pun dah nak dekat kan.. puasa pon nak dekat dah! so duit gaji bulan depan kena simpan sikit tuk shopping baju raya. insyaallah lau dipanjangkan umur!! sekarang nie aku berpuas hati walaupun aku selalu kena membebel sebab tak reti nak simpan duit sebab ape yang aku nak, aku just tunggu gaji n leh beli ape yang aku nak! huhuhu orang cakap rezeki tue takkan datang tanpa usaha! tul tak? betul la kan. ane ade duit jatuh dari langit dengan tiba-tiba. kena usaha baru ade duitnya! dah la. nak pi makan "BIG APPLE" yang aku beli tadi. tak sah lau kuar tak beli. meh sini >_<


mesti terliurkan?? hahahhaha  byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. ^___^

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~