temanku

29 Nov 2012

Ceriakan Hidupku!

Yeah! Cuti mid sem hampir tiba. Sebulan cuti kata kau. Terbaik la. Duduk rumah membesarkan badan la sambil tunggu orang masuk meminang! ehehhehehe. Agak-agak ade kew?
Sebelum cuti bermula kena dulu berperang dengan final exam. Alhamdulillah tinggal lagi satu paper je. subjek C++.  Memang menderita sikit ar kan. Pecah kepala aku. Rindu gila kat budak-budak ILP IPOH 2/2010. Aku rindu suasana ILP. Memang jauh beza dengan ADTEC. Tapi kawan tetap ade bersama walau pun susah dan senang. Diorang banyak bagi semangat dan nasihat dekat aku. Itu la dinama kawan sejati. 
Diorang yang membuatkan aku ceria! Yeah. Tahun depan umur aku dah 21 tahun la. Wah! Macam tak percaya la pulak. So kena la berfikiran matang sikit. Tak mau jadi macam budak-budak dah. Harap tahun 2013 nie akan menjadi tahun yang paling bermakna bagi aku. 
Sekarang nie aku nak mencari teman hidup yang baru. Cewah! Main-main lorh. Kawan-kawan sudah. Kalau dah suka terus masuk meminang. Malas nak dengar janji-janji palsu dan harapan palsu nie. Seumpama korang nie takde pendirian yang tetap. Biar la ape yang berlaku dijadikan pengajaran. Harap-harap dia sedar dengan perbuatan dia. 

SELAMAT BERCUTI KEPADA STUDENT JTM!!
dan
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA PELAWAT BLOG SAYA

Assalamualaikum

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

17 Nov 2012

Sekelip Mata Kau Berubah!

Kenapa cepat benar kau berubah?
Apa salah aku pada kau sampai kau sanggup menghancurkan hati seorang insan yang lemah. Mana pergi janji yang pernah kau ungkapkan? Mana pergi harapan yang telah kau berikan? Mudahnya kau melupakan semua tue. 

Mungkin dah tertulis awak bukan jodoh saya. Apa-apa pun saya redha dengan ketentuan ilahi. Allah tue maha adil. Walaupun kebahagian yang saya dapat hanya sementara saya bersyukur dapat kenal dengan awak. Tanpa sebab dan alasan yang kukuh awak pergi tinggalkan saya. Setiap hari saya menanti jawapan yang pasti dari awak. Tapi penantian saya hanya la sia-sia. Saya tetapkan ingat awak dalam doa saya. Andai awak jodoh saya, insyaallah kita akan disatukan juga satu hari nanty. Tapi andai sebaliknya. Saya doakan awak bahagia disamping pasangan awak. Saya tetap akan tunggu awak MOHAMAD ZULHAIRI BIN HASSAN sampai la awak dah sah jadi suami orang. Masa tue la saya terpaksa relakan kepergian awak bersama yang tersayang. Saya tetap sayangkan awak dan menanti harapan yang telah awak berikan pada saya sebelum nie.





seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

18 Okt 2012

Menangges Dalam Diam

Lepas satu masalah yang datang, datang pulak masalah yang lain! Kenapa nyerk?? Apa la salah aku nie sampai nak babitkan aku. Shiit! Tak sampai seminggu aku tersenyum sepanjang masa. Datang balik mood sedih nie. Nak nangges pon dah rasa macam kering je airmata nie. Nak mengadu takde sape nak mengadu! Apa yang mampu aku buat hanya berdoa kepada ALLAH dan menangges untuk puaskan apa yang terbuku dihati. Adakah ini ujian sebelum kita menuju kebahagiaan? Sampai satu tahap aku dah terasa putus asa sangat-sangat. Tapi alhamdulillah iman aku nie masih kuat! Masih pikir abah, along dan angah! Hanya diorang je yang aku ada sekarang. Perwatakan aku bila dengan kawan dan masa aku bersendiri nampak berbezanya. Bila dengan kawan-kawan aku boleh gelak macam tak ingat dunia, bila aku bersendiri aku terasa aku dalam dunia lain. Aku lebih suka bersendiri dari bercampur dengan orang. Itu pun ada jugak yang tak puas hati. Kadang tengok orang lain bahagia dengan family diorang serius aku cemburu sangat-sangat. Aku cuma dahaga kan kasih sayang je wey!! Itu je yang aku harapkan. Aku harap dikurniakan seorang suami yang mampu berikan kasih sayang n kebahagian hingga ke akhirat kelak. Kalau kata aku main-main dalam bercinta memang sory la. Sekarang nie aku dah taknak 'cinta monyet' lagi. Apa yang aku cari hanya la cinta yang sejati untuk selamanya. No idea now! Kepala tengah runsing.  Mak datanglah dalam mimpi farah nyerk! Ya'allah. Aku terima segala ujian darimu. :'(


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

" JODOH USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"

 Jika kamu memancing ikan
 Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
 Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga.
setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat
 MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap
 pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh. 
Cukuplah sekadar keperluanmu. 
Apabila sekali ia retak. 
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. 
Akhirnya ia dibuang.
 Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih 
dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. 
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. 
Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain?? 
Terlalu ingin mengejar kelazatan. KELAK. 
Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya.
Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti 
membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.
 MENGASIHIMU. 
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?? 
Terlalu mengejar kesempurnaan.
KELAK. 
Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Lalu kamu juga yang akan MENYESAL!!!!!!
#Sayangilah wanita setulus hatimu wahai insan yang bergelar lelaki.

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

15 Okt 2012

Adakah ini dugaan atau sebaliknya?

Assalamualaikum.
Tiba-tiba rasa nak update pulak. Walau hakikatnya terasa malas. HEHEHEHE. Takde apa kisah menarik pon yang aku nak kongsikan. Just nak meluahkan apa yang terbuku dihati. Setiap kali bercinta, peneman yang paling setia adalah airmata. Betul tak? Tipu la kalau kata tak betul kan. Perempuan dengan airmata memang susah nak dipisahkan. Bukan kata lelaki tak penah menanggis. Tapi yang kerap menanggisnya perempuan.


AWAK!
Hati perempuan nie lembut. Jangan la awak sakitkan hati seorang insan yang bergelar wanita. Awak sebagai lelaki dicipta oleh ALLAH untuk menjadi pelindung kepada wanita, bukan untuk menlukakan hati wanita. Ingat tue awak!



Kenapa dengan aku sejak akhir-akhir nie pon aku tak tahu. Macam-macam yang tengah bermain dalam fikiran aku. Aku takut kehilangan orang yang aku sayang. Dah hampir dua minggu die tak mesej dan call. Sebab buzy dengan beban kerja yang banyak. Ok aku faham kerja dia macam mana. Aku cuba faham. Tapi kenapa time macam nie macam-macam perkara negatif ada dalam fikiran aku. Dia dah pesan jangan fikir bukan-bukan. Tapi still tak boleh. Tapi hati aku nie resah. Dah tempoh tue jugak la aku asyik nanggis. Aku betul-betul takut kehilangan seorang insan yang paling aku sayang yang aku rasa boleh bimbing aku n anak-anak aku suatu hari nanti. Sampai bila nak terus macam nie. Aku tak mampu nak tempoh benda nie sorang-sorang. Tapi kalau ditakdirkan aku dengan dia berpisah. Aku redha! Walaupun aku tahu ia menyakitkan. Tapi aku kena terima, bukan ke jodoh itu dah ditetapkan oleh ALLAH. 

"Ya'allah kau kuatkan lah hati hamba mu ini. Kau berikan la kekuatan untuk 
menerima segala dugaan dari mu ya'allah. Ya'allah, kau satu kan lah 
kami dengan sebuah ikatan yang sah disisimu. Kau berikan lah petunjuk kepada kami. 
Andai dia bukan jodohku, kau jauhi la kami dari melukakan hati sesiapa. 
Sesungguhnya engkau yang maha mengetahui."
~amin~

Aku akan tunggu dia. Buatmu MOHAMAD ZULHAIRI BIN HASSAN.




seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

1 Okt 2012

Selangor VS Singapore

Jeng-jeng!! HUHUHUHUHUHU. Ape yang nak dikongsikan pon tak tahu la. Just nak kongsi-kongsi sama korang aktiviti dihujung minggu. Baru-baru nie ade 1 perlawanan bola piala malaysia tak silap yang berlangsung dekat stadium shah alam. Nie pun orang belanje, ape lagi kan. Pi jela! kata anak jati selangor. huhuhuhu. Aku tak pun! Tapi memandangkan aku dah lama menetap kat selangor. Memang dia pasukan pilihan aku la kan. UHUHUHUHU. Malas nak cerita panjang! Just nak kongsikan gambar yang ada. Gambar aku takda pun! Bab aku tukang tangkap. hihihihii :))






























Sekian. . . . . . .

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

27 Sep 2012

Miss you ALL ♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Lama sudah tak berupdate! Bukan tak nak tapi takde topik. Tiba-tiba hari nie terpikir nak update pulak. HIHIHIIHI. Dah la kebosanan melanda bila tak pi mana-man minggu nie. Cian kan! Nak dating pon pakwe kita jauh nun disana. HAHAHAHHA. Akhirnya beban yang aku pikir selama nie dah lepas. Dan niat aku nak berhenti belajar pun tak kesampaian. Sebab aku nak habiskan study sampai graduate! Lepas tue baru la fikir pasal kawen. HEHEHE. Walaupun aku tak berapa minat tapi disebabkan banyak yang bagi support dekat aku. Aku kembali bersemangat! Lecture aku pun sayang kat aku sampai tak bagi aku berhenti. HIHIHIHI. Sebab saya budak baik. Pakwe aku pun banyak bagi semangat bila aku cakap aku taknak berhenti belajar. Pas nie tak boleh nak malas-malas dah dia kata, dia tak mau dengar! Amek kau kena warning awal-awal dah. Yang paling penting kawan-kawan aku! Sayang nak tinggalkan korang.

Sebenarnya aku rindukan kawan-kawan aku dekat ILP IPOH! Serius rindu sangat-sangat. Diorang yang banyak bagi kenangan dekat aku. HUHUHU. Sedih lorh! Rindu nak gaduh sama-sama, gelak sama-sama, nangges sama-sama. Walaupun ade sesetengah tue menyakitkan hati, tapi aku tak pernah pun nak simpan dendam dekat korang. Adat berkawan kan. Saya rindu budak-budak TEKNOLOGI KOMPUTER SISTEM 2/2010.








Konvokesyen pon tak lama lagi, harap-harap dapat jumpa diorang. Serius rindu sangat-sangat dekat korang. Sayang korang semua. MUUUUUUUUUUUUUUUUUUAAAAAAAAAAAAAHHHHHH! ♥♥♥♥♥♥♥♥




seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

6 Ogo 2012

Berperang Sebelum Cuti Raya

Eh3!! Dah masuk bulan 8 la. Dah 6/8 pun! Cepatnya masa tue berlalu nyerk, umur pun bukan semakin muda malah semakin tua tau. Nie fisrt update untuk bulan nie! Kalau ikutkan malas nak berupdate, tapi kena rajin-rajin jugak kan. Sebab biar peminat setia tak bosan bila terjah blog aku nie! Tak sangka dalam diam-diam, ade jugak peminat setia yang rajin bukak blog aku nie. Naseb baik aku tak leh tahu! hehehe. Takpe-takpe! Thankz la sebab sudi terjah blog aku yang banyak mengarut nie, nie just hobi waktu lapang jew. Sebenarnya takde ape pun cerita yang menarik nak dikongsikan dengan korang! Minggu nie aku terpakse buat kubu pertahanan yang semampu yang boleh untuk menghadapi perang dunia! hahahhaha. Final beb! Baru masuk study dah final kan. Mau gugur jantung nie rasanya. 3 hari tau. Subject yang sama pulak tue. Nak lari jew rasanya, tapi itu la hakikatnya. Exam kali nie paling menakutkan aku. Aku taknak "repeat"!! Walaupun aku tak minat dengan ape yang aku belajar sekarang nie, tapi aku kena LULUS gak dengan cemerlang n aku cuba minatkan sampai aku dapat result yang memuaskan. Kena bekerja keras sekarang nie! Malam nie aku restkan otak. Esok malam kembali bertungkus lumus. So buat kawan-kawan seperjuangan! Cayook2 untuk exam yang bakal kita tempuh sebelum raya. Untuk yang lain doakan aku lulus k!! ~AMIN~



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

29 Jul 2012

Hilangkan Bosan

Nikmat betul bila balik rumah!! Rasanya tak betah la duduk asrama kalau sabtu ahad. Lebih selesa duduk asrama dekat ILP dari dekat ADTEC. Tak tahu la pasal apew. Nasib la rumah dekat leh la balik tiap-tiap minggu tapi sampai bulan 11 nie jew pun. Pas nie dah jauh dah. Maklum la ABAH dah pencen, so duduk kampung. Rumah dekat bangi mybe jual or sewa. Nasib baik rumah my BFF ade dekat sini. Dia pun rajin melayan aku. Bila dah bersama dua-dua jadi mereng! Teman susah senang pasti bersama. Macam aku cakap tadi bila dah bersama memang dua-dua confirm tak betul. Tak kira la depan orang ramai or takde orang. Ikut dan kami je nak memekak or nak mengutuk. Semalam ikut dia keluar dengan pakwe dia pi karaoke. Tapi aku bukan jadi nyamuk tau. Sebab pakwe dia bawak member dia sekali. So deal la kan. Bulan-bulan puasa sepatutnya pi terawih tapi kami pi karaoke. huhuhu. Memang gila-gila la karok semalam. Dah la aku batuk n sakit tekak. Dan-dan mula kena nyanyi. Pulak tue banyak lagu duet pulak tue. Mula-mula malu la. Lama-lama dah tak malu dah! huhuhuhu. Masuk nie, kali kedua aku keluar dengan dia,pakwe dia n member dia. Sebelum nie keluar tapi ikut diorang pi memancing. Sebab pakwe dia n kawan pakwe dia nie memang kaki pancing. Sepanjang aku karaoke aku cukup tak suka nyanyi lagi perempuan. Tapi semalam keluar kena duet lagu "OMBAK RINDU". Ce bayangkan suara adira cam ne. Suara aku nie dah la macam lelaki, tambahan pulak sakit tekak. Memang lembut habis dah buat. Nasib baik berjaya jugak aku nyanyi! Sebelum nie g karaoke dengan ENCIK masa dekat ILP dulu kena nyanyi lagu "matahariku". Time tue keluar dengan dak-dak pingpong. ISH33!! Pelik-pelik je rasa. Dekat 3 jam jugak la semalam karok. Maklum la orang belanje kan. So ikut jela! Itu pun sebab aku dengan member dah ngantuk. So diorang pun terpaksa hantar kitorang balik. hahahaha. Ape pun enjoy jugak la semalam. Sebab hari nie aku dah kembali ke hostel. Nak tunggu jumaat lamabt pulak. Nak balik!! 



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

28 Jul 2012

Kahwin Muda

Fuh!! Dusebabkan aku bosan tak tahu nak buat apew. Aku pun mencari ENTRI yang menarik supaya boleh menghilangkan bosan aku. Tiba-tiba teringat pulak cerita yang tengah panas sekarang nie. Kisah budak 16 tahun n 14 tahun yang telah sah menjadi suami isteri. Ape pun tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut. Memang mencetus kontroversi jugak lak kan. Maklum la budak bawah umur kahwin kan. Siapa tak terkejut! Saya pun terkejut. Macam tak caya jew. Itu la yang dinamakan jodoh!! Orang dulu-dulu pun kahwin bawah umur gak. So bagi aku takde masalah sangat la benda nie semua. Ape pun diharapkan pasangan nie bahagia hingga ke akhir hayat. ~amin~ TERBAIK LA ADIK SYAFIQ N YANA.








SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK MEREKA BERDUA


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

Pulau Perhentian

Hari Sabtu yang membosankan! huhuhu. Nasib baik bulan puase tau, lau tak memang selamat la dapur aku kerjakan. Maklum la dah lama tak masak nie! Jadi gian pulok. Sedar tak sedar dah sampai hujung bulan rupanya. Tak tahu nak update pasal apew! Tiba-tiba terasa nak update satu tempat yang menarik yang aku nak pi, tapi tak tahu bila. Tempat nie dah lama aku usha. Cuma takde member je nak pi. Entah bila dapat pi pun tak tahu. PULAU PERHENTIAN yang menjadi tempat persinggahan aku nanty. Aku tertarik sebab pantai dia yang cantik. Aku pun bukan tau sangat pasal PULAU PERHENTIAN nie. Ada sape-sape yang sudi bawak aku tak?? hihihi. Nak honeymoon kat sini lorh! huhuhu






Ce tengok gambar dia! Cantek kan. Saya nak pi sini. Jom bawak saya please. :D

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

26 Jul 2012

Ceriakan Hidupmu

Assalamualaikum.
Bersawang gak blog aku nie setelah sekian lama tak berupdate. Maklum la buzy sikit skunk nie, huhuhuhu. Sebelum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. Puasa tahun nie bagi la penuh bagi yang suka langkah-langkah tue, KECUALI perempuan nyerk! Sedar tak sedar dah 3 minggu aku study dekat ADTEC SHAH ALAM nie. Pergh! Baru-baru masuk nak kena perah otak. Terasa macam menyesal pun ada. Tapi dah rezeki aku untuk sambung so terpaksa teruskan jugak. Lagi pun bukan lama sangat pun. Tahun depan dah nak pratikal, Doa-doakan la aku lepas sampai abih nyerk. Aku taknak repeat-repeat nie wey!! Kalau boleh nak abih dengan cemerlang. Study kali nie tak boleh banyak main-main lorh! Kena serius. Kalau banyak main confirm la kena repeat. Apa pun aku selesa dengan kehidupan aku sekarang. Masalah pun setakat nie takde, Cinta cintun aku dah campak jauh-jauh, tapi still mencari! :P Dah lewat dah pun, esok ade kelas so cek nak tito.


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

30 Jun 2012

Hikmahnya!

Alhamdulillah!
Hari nie tamat lah sudah sesi pekerjaan aku di syarikat arif corporation sdn.bhd. Banyak benda baru yang aku belajar dekat sana. Bos pun boleh terima hakikat yang kami terpaksa meninggalkan arif corporation. Terima kasih juga kerana menghargai jasa kami selama berada disana. Semoga syarikat nie terus maju. Padahal nanty parttime kat situ juga! :D . Sebelum nie aku duk pening kepala duit takde, tapi tadi alhamdulillah dapat gaji jauh dari yang aku sangka. Maklum la aku dah amek advance hari tue. Banyak jugak kena tolaknya. Cuti lagi banyak-banyak! Takpe, bersyukur dengan apa yang ada. Insyaallah 9/7/2012 nie aku daftar masuk kew ADTEC SHAH ALM! Jadi balik seorang pelajar. Ala tak lama pun, setahun setengah jew. Dah tak susah hati sangat sebab dah dekat! Sebelum nie pun dekat jugak. Saja jew! 7/7 n 8/7 nie ade kursus kahwin. Nama dah bagi tapi tak tahu la aku pergi ke tak. huhuhuh. Macam dah nak kahwin jew! Padahal lambat lagi masa nya. eeeeeeeii! Asal update blog je mula mata mengantok, maybe penat sangat kot. K la. cau dulu

#Doakan aku LULUS jpj motor n kereta rabu nie k >_<




seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

27 Jun 2012

Mengidam! :P

Yes!!
Dapat jugak aku update. Ingatkan semalam nak update, tapi line macam siput sedut lak! Tue yang terbantut tue nak update. Ha! Tengok tajuk dekat atas tue macam menggerunkan. Jangan nak pikir bukan-bukan pulak. Aku nie nafsu makan kuat! So boleh dikatakan ada jew benda yang aku nak makan.     Memang tak heran la kalau duit aku banyak abih dekat makanan! Mana badan tak semakin membulat. :D  Semalam je aku merempit pi giant sorang-sorang, konannya nak beli ayam! Tapi tak jadi, aku beli benda lain. Yang pasti makanan la. Sedar tak sedar dekat rm40 terbang! Takpe janji aku puas. hohohohoho. Nak makan MCD dah dapat! Nak makan kek coklat moist nie tak lepas-lepas lagi. Nak mintak sape belanje nyerk?? Aduh! Baru nak update panjang-panjang. Tapi mata aku dah mengantok. Cukup la untuk hari nie. Meg tengok ape benda yang aku mengidam sangat nie







Sedap nya bila dapat makan 2 benda dekat atas nie! 


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

24 Jun 2012

♥ Pertahankan Hubungan Yang Ada ♥

Assalamualaikum!
Bertemu kembali dilaman muka buka yang dipanggil tempat meluahkan perasaan. Nak tulis dalam buku diari tak minat la pulok. Sebab aku bukan la seorang yang gemar menulis. Yes! Semakin hari semakin aku ceria. Bukan kata sebab cinta nyerk! Sebab nya aku berjaya lupakan masalah yang ada. Aku anggap masalah yang datang tak pernah wujud dekat aku. Masalah aku dengan si mamat tue pun dah setel! Cuma sekarang duk pikir pasal study je la. Tadi abang aku kol suh balik kampung sebab banyak nak uruskan termasuk lah baitulmal untuk study aku. Siap tanya barang dah beli belum! Kenapa orang lain yang bersemangat nie?? AKU? Dalam dilema! Nak tepon ayah aku malas, sebab nanty dia bising asyik mintak duit jew. Aku mintak pun bukan buat pi enjoy. Aku nak enjoy pun guna duit gaji aku. Tue sebab abih :P . huahuahua. Dah la rabu nie test JPJ motor n kereta. Duit pun tak abih bayar lagi! Aduh! dekat seribu jugak ayah aku kena keluarkan untuk aku nie! Duit gaji aku memang tak leh usik la kan. Sebab nak keluar motor minggu depan! SERABUT cek nah. Sekarang nie aku duk sibuk mencari partime! Tak kisah la keje ape pon. Janji leh menampung aku. Sem nie je aku terpaksa bekerja keras cari duit! Sem depan memang dah fokus study bab dah dapat elaun. Poning kepala cek nie! huhuhuhu. Lagi seminggu lebih je nie. 1 persiapan pun tak buat lagi tau. Cuma baru siap isi borang je! :D. Naseb la aku study dekat jew. Tue 1 kelebihan sebenarnya. hohohohoho. Minggu nie aku kena tinggal sorang-sorang dekat asrama! Cian kan. Dah la wet takde! Makan maggie je tau. huhuhhuhu. Tadi aku tengok gambar budak sekolah lama aku kahwin! Sedar tak sedar dah semakin ramai member aku kahwin. Mungkin dah jodoh diorang kan. ALHAMDULILLAH la tue kan. AKU? Lambat lagi kot. Sebab aku nak sambung study lew! Tadi AKU  berborak le dengan SHAHRUL IZWAN! Sebab tiba-tiba rindu dekat dia. Apa kena mood dia hari nie. Terkeluar ayat-ayat romantik dia tue! Baru aku tahu kenapa dia sayang aku sampai sekarang. N dia tanya aku "ayg yakin ke abg nie jodoh ayg"! Aku jawab "aku yakin KOT!" Lepas tue kena marah tak serius. Selama hari nie mana pernah serius! Dia cakap kalau lepas aku study nie. Kalau nak putus pun dia relakan. Sebab tanggungjawab dia dah lepas! Aku tanya die kenapa. Dia just jawab sebab aku dah berjaya time tue. Dia kata wanita yang dah berkerjaya nanty mesti ada orang yang berkenan. OoooO macam tue nyerk. Aku cuba mencari seseorang yang boleh menggantikan kau dihati aku. Tapi still tak boleh! Jauh beza dengan kau yang aku kenal.  Ape-ape la kan! Kalau ada jodoh antara aku dengan kau tak kemana. Sebab sekarang aku tak mengharap sangat dengan sape. Sebab kau sendiri cakap kalau ada yang berkenan dengan aku. ALHAMDULILLAH. Mungkin aku dah jumpa yang terbaik. Kau cakap perempuan nie sebelum berkahwin dia akan letakkan pakwe dia yang paling terakhir dalam hidup dia. Melainkan dia dah berkahwin, Maka dia akan letakkan sisuami tadi paling utama. Betul juga! Apa pun aku tetap percayaka kau! THANKZ SHAHRUL IZWAN sebab banyak bagi aku kebebasan. Andai aku ada la pilihan seseorang untuk dijadi teman hidup. Maka aku akan lupakan segala kehidupan aku yang sekarang. hohoohohoh.



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

21 Jun 2012

Lumrah Kehidupan

Assalamualaikum semua!
Lama juga blog aku nie menyepi tanpa khabar berita dari aku. Maklum la lappy saya member pinjam untuk buat projek. Maybe sekarang dah siap kot. Nie la first time, paling lama lappy berjauhan dengan tuan dia walaupun kadang-kadang pi melawat lappy nie kan! huahuahua. Yang tak boleh belah nya pernah satu hari aku menanggis sebab terlalu rindukan lappy nie. Maklum la die jela harta yang aku ada, so kena la jaga elok-elok. Sepanjang ketiadaan lappy aku, macam-macam berlaku dalam kehidupan seharian aku. Tak kisah la baik ke yang buruk ke. Macam-macam! Dengan ragam manusia yang pelbagai membuat kan aku lebih banyak mengasingkan diri. Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan peragai aku sendiri. Apasal aku kemaruk sangat dengan CINTA nyerk? Apa yang ada dengan CINTA? Mungkin salah satu sebab aku nak kan kasih sayang n perhatian yang secukupnya. Buat masa nie aku memang dah tak nak pikir pasal benda nie. Masalah yang aku duk pikir sekarang siang malam  ialah pasal sambung study. Orang lain dah siap prepair, aku apa pun tak buat lagi tau. Nie semua gara-gara AYAH aku yang duk merungut kata takda duit. Dia kat duit banyak abih buat rumah, pas tue dah la die nak pencen akhir bulan 7 nie. PARAH katanya! Hati sape yang tak tersentap, masa aku terasa menyesal sangat bagi tahu yang aku dapat sambung study. SO sekarang pintu hati aku pun dah tertutup nak sambung study lagi, aku ingat nak teruskan kerja cari duit sendiri. Kumpul duit buat modal buka bisnes sendiri! ~AMIN~ Doa-doakan la aku nyerk. Insyaallah akhir bulan nie aku kuar motor n then bagi tahu abang-abang aku yang aku dah taknak sambung study. Aku tahu harapan diorang dekat aku tinggi. ALONG n ANGAH yang banyak memberi aku semangat. Kadang-kadang tak sampai hati nak hampakan diorang. Aku harap diorang takkan marah dengan keputusan aku nanty. Biar la dengan ayah aku, pentingkan dengan kehidupan dia sampai anak-anak sendiri terkontang - kanting! Puas hati la maktiri aku bila bapak aku nak pencen dah. Amek la sebanyak mana harta yang kamoo nak. Satu sen pun aku tak kan mintak. DUNIA OOH DUNIA, MANUSIA OOH MANUSIA! 
Sematkan sifat SABAR dalam diri korang sendiri, dugaan tak pernah hilang dari kehidupan seorang manusia. Jangan sekali putus asa dengan apa yang berlaku. 

WASSALAM



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

5 Jun 2012

Perlu Dikongsi Bersama

Fuhhh!!!
Penatnya la, berkurun gak la kan BLOG aku nie tak berupdate! Maklum la lappy saya ada orang pinjam. Nie pun duk pinjam lappy orang jew! Curi masa semata-mata nak update blog! Setelah sekian lama menunggu akhirnya keputusan untuk sambung belajar keluar jugak. Jeng3!


tengok tue! hahahaha,.. alhamdulillah la jugak dapat kan! TAPI.................... xtau sama ada nak terima atau tak? Banyak sebab nya, salah sebab tak minat! Maklum la bila dah sampai tahap DIPLOMA memang mencabar. Memang ramai yang akan cakap rugi bila tolak, sebab peluang datang hanya sekali, tapi kalau diri sendiri dah memang tak berminat pon tak boleh nak paksa jugak kan? Aku belajar nie pon sebab pilihan abang aku! Nak tak nak kena terima jugak la masa tue, sebab tawaran lain semua aku tolak sebab abang-abang aku kurang setuju ngan kursus yang aku mintak. So bagi tak nak membebankan fikiran aku nanty, berkemungkinan aku akan tolak tawaran nie. Insyaallah aku akan berjaya jugak satu hari nanty! Ape yang penting usaha perlu ada.  Tutup bab sambung belajar!!


01/06/2012 hari tue aku pi KUANTAN! Dengan penuh yakin nie beb pi kuantan naik bas, walaupun takut-takut! Pi kuantan pon sebab orang ajak kan. Alhamdulillah sampai je kuantan aku disambut dengan baik. Malam tue nak gerak pi TERENGGANU.  Join budak-budak kuantan konvoi pi terengganu! perasaan segan, takut, n semua ada la. Dah la semua budak-budak aku tak kenal! Terpaksa buat muka tak malu aku tue la. Tapi serius diorang memang sporting gila la! memang cepat la leh beramah mesra bab semua satu kepala. Perjalanan dari kuantan ke terengganu mengambil masa 5 or 6 jam lebih kurang cam tue la aku tak ingat. Sebab malam nak gerak tue hujan pulak, alhamdulillah la takde ape-ape yang berlaku sepanjang perjalanan. Kitorang sampai terengganu lebih kurang pukul 4 pagi kot, kitroang menumpang tito dekat salah sebuah rumah nenek kepada budak-budak nie jugak la. Sebelum tito kitorang pi mencekik dulu pagi-pagi tue makan nasik lemak. Serius sakit gila pinggang! Maklum la naik moto jew kan. huhuhuhu . Memang terbaik la!  Ok la tue. malas nak cerita banyak-banyak!

Kenangan














Nie je gambar yang aku dapat tunjuk! banyak lagi semua tapi cukup la


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

18 Mei 2012

Malam Yang Membosankan

huargh!!!!!!!!!!!
alamak, menguap pulak kat sini, aduh! sebenarnya mata aku nie mengantok tapi tak leh tito. Sebab bukan time dia. Nak tengok TV, tapi tv dah meletup. Nak kuar takda moto apatah lagi kereta. Kawan-kawan aku pulak masing-masing senyap jew, kalau tak sibuk duk ajak kuar! hampeh.. Memang bosan kot! Layan cerita kat www.youtube.com je pon! Itu pon dah tak tahu nak tengok cerita apew dah. Majalah remaja pon dah berapa kali aku "khatam". Nak mesej? memang enset aku sentiasa senyap je, kalau ada pun setakat 2 or 3 mesej je. Maklum la saya takde peminat! Kalau ada pun saya tak berminat. Tiba-tiba duk teringin nak minum AIR TEMBIKAI. Nak kuar malas, dan-dan lak akak kat asrama aku nie nak kuar pi makan. Aku pun kirim la air tembikai kat dia! pergh.... segar rasanya >_<

Esok kerja pulak! Macam biasa la kan, hari sabtu memang aku kena kerja. Malas pulak rasanya, nasib la esok tak banyak kerja sangat. Sebab aku dah buat report bagi siap tadi, so esok tinggal untuk meeeting jew! Terasa penat pulak bila dah kerja nie, macam nak berhenti pun ada. Tapi tak leh, susah bila takda duit nanty. Nak tak nak kerja la, ada jugak duit poket! Lagi-lagi nak raya nie kan. Mesti nak shooping sakan. huahuahuahua.

Nak cerita ape lagi nyerk kat sini?? ha! Aku tak sangka member yang aku kawan 2 tahun lepas stay contact aku sampai sekarang. Memang terkejut gak lak! dah hampir setahun tak contact, tiba-tiba dia call aku. Borak punya la lama, memang best la. Tapi pelik nya masa aku study dia lansung tak contact aku. Bila di tanya dia cakap dia tak nak kacau aku. Maaf SHAH, "terngumpat" awk kat sini!

Dah la jom layan suria fm http://www.suriafm.com.my/2012/dengar_online.aspx sambil makan coklat n minum air tembikai >_<



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

16 Mei 2012

Awex KEDAH mai!

Aku rasa macam baru je balik, tapi dah rindu sesangat kat someone yang special! bukan buah hati tau. Nie semua gara-gara dapat adik baru. Perempuan lak tue, abih la adik aku yang sorang nie touching la pas nie. huahuahua tue pun dah merungut kat IBU awat amek adik baru. Takpe! akak akan bagi kasih sayang yang sama nyerk buat adik-adik akak. Dah la aku suka budak, fisrt jumpa aku dah geram ngan kau! sampai je rawang ari tue terus beli MCD, tengok die makan punya semangat. suka tengok! Debab n pendek, jalan pon terkedek-kedek. Terasa nak balik rawang je! windu kat "awex kedah" tue. Kecik-kecik bila cakap macam orang tua, die punya loghat kedah bukan main lagi nyerk. Akak pun layan je la kamoo. Tunggu awal bulan nie aku nak balik jumpa die, RINDU sesangat dah nie kat BALQIS


COMEY kan awex kedah nie! bergaya dengan cermin mata aku. CAYUNK adik BALQIS

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

15 Mei 2012

Terhina atau Menghina?




Fuhh!!
Banyak tul dugaan sejak akhir-akhir nie, semakin menjejak dewasa makin kuat dugaan nya nyerk. Dengan masalah family yang tak pernah selesai, ditambah pulak dugaan oleh masyarakat sekeliling! bukan bermaksud aku nak merungut atau apew, tapi aku dah sekuat dulu tuk menghadapi nya seorang diri. Seumur hidup aku belum pernah lagi aku dihina dengan begitu "kejam". Macam terasa bermimpi masa tue, maklum la kebetulan baru bangun tito! laju jew airmata nie keluar bila dengar perkataan yang aku sendiri tak sangka yang kau keluar kan tuk aku. Terasa masa tue aku la manusia paling hina ade kat dunia nie, tapi terpaksa aku gagahkan juga g office demi menjalankan tugas walaupun airmata nie tetap mengalir. Berat hati nak memaafkan kesalahan yang telah kau buat, tapi aku bukan seorang manusia yang kejam! walaupun besar mana kesalahan kau terhadap aku, aku tetap memaafkan kesalahan kau. Aku sedar aku bukan seorang yang terlalu baik. Banyak kesilapan yang telah aku lakukan, tapi tak perlu kau menghina aku !! n aku pun dah cermin muka aku yang "comey" nie. memang aku sedar siapa aku. Aku bersyukur dengan kurniaan ALLAH yang telah diberi untuk aku. Walaupun aku dah maafkan kesalahan kau, tapi still akan teringat-ingat difikiran aku. Aku harap kau adalah manusia yang pertama n yang terakhir menhina aku sedemikian rupa. Kau boleh benci aku walaupun kesalahan aku tak sebesar mana. Tapi aku tak boleh membenci kau. Sebab kalau aku membenci seorang manusia, lagi ramai manusia akan terus membenci aku! Aku cuma seorang manusia yang lemah, tak mampu untuk membuktikan ape-ape kebenaran kat kau. Sebagai seorang manusia, aku juga tak lepas melakukan kesilapan begitu juga kau. Setiap pertemuan adenya perpisahan, setiap perpisahan ade nya pertemuan yang baru! Biar la orang nak kata aku cuma berpura-pura, hanya diri aku jew yang mampu menyatakan kebenaran yang sebenarnya. Mungkin dah tertulis kehidupan aku begini, so aku akan cuba terima seadanya! Walaupun diluar aku akan ketawa, tapi dalam hati sentiasa menanggis. Aku tidak akan mudah putus asa kerana kawan-kawan aku juga yang banyak menguatkan aku untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh onak dan duri! Hati manusia kita tak boleh nak dijangka.


p/s:Andai kata kau terbaca CORETAN BLOG aku, aku harap kau ubah sikap panas baran kau tue! aku akan tetap terima kau jadi "sahabat" aku. Itu pun kalau sudi terima aku sebagai seorang sahabat bukan sebagai seorang MUSUH. Maafkan aku kalau kau tak suka tak cara aku, ini je la tempat untuk aku meluahkan perasaan yang aku pendam. Anggap la cerita ini diibaratkan "adik" kau yang menjadi mangsa penghinaan. Mesti kau akan tahu perasaan aku. N lagu kat atas tue kau fahamikanlah maksud yang tersirat, Aku dah faham maksud lagu tue. TERIMA KASIH atas semuanya >_<








seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

9 Mei 2012

Apam Pakadot

Yahoo!!! 
esok balik kampung, sukenya aku.. boleh jumpa "budak sengal" hahahaha.. lepak lumut lew jawabnya. tengok-tengok tersangkut terus kat sana. kisah yang lalu jangan dikenang. aku pun dah hampir melupakan insan yang tak reti bersyukur! n aku bukan jenis yang kaki gaduh pasal LELAKI. budak tak matang jew gaduh pasal lelaki. ape yang mampu, aku doakan kebahagian mereka. >____< 
no GADUH-GADUH nyerk sekarang. huhuhu lambatnya hari khamis, aduh! dah rindu kat semua dah nie. konon nya tadi petang nak buat apam pakadot nak bagi adik-adik n ibu, last tak sempat nak simpan dah abih. hahaha. apam tue pon tak sempat sejuk dah abih kena telan dek aku ngan kawan. serius kali nie buat jadi. leh buat tuk raya nanty. toink2!! kali nie saya buat apam "pakadot" tau. tak tulis nama siapa-siapa pun, sebab takut ade yang terasa hati pulak. kita kena jaga perasaan orang lain sama. orang tak jaga perasaan aku, aku tak kesah pon. tapi aku akan cuba jaga perasaan orang walaupun terasa pedih kat hati nie. tapi aku mampu leh tersenyum n ketawa lagi. kata ape la korang nak kata kat aku. sikit pon aku takkan lawan. ape yang mampu aku buat hanya diam kan diri n tengok jew, aku bukan siapa-siapa yang nak membalas semua perbuatan orang. ok TERIMA KASIH 


nie la hasilnya!! tarraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. comey tak?? sedap tau...

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

7 Mei 2012

IBU

Pejam celik pejam celik! sedar-sedar dah bulan 5, sekejapnya masa berlalu nyerk. untung pejam celik, buatnya pejam tak celik-celik cam ne?? huhuhu umur aku pun dah semakin meningkat dewasa. itu pun tak sedar-sedar diri lagi, peragai still macam budak-budak! hahaha sedar tak sedar gak dah 17 tahun "MAK" aku pergi mengadap ilahi. 13/5 nie pulak HARI IBU, so ape yang mampu aku hadiah kan sempena hari ibu nanti adalah bacaan yassin untuk disedekah kan kepada arwah mak. semoga die tenang disana. "saya sayang mak saya" tapi aku tetap ade lagi seorang insan yang bergelar IBU. die la ibu kedua aku. tempat aku mengadu n menumpang kasih sayang!! 







nie la ibu saya!! happening kan??? saya sayang IBU saya. tak tahu nak beli hadiah apew tuk IBU. mybe belanje makan n belikan KEK COKLAT je kot. huhuhuhu. nak balik rawang la khamis nie, IBU amek anak angkat perempuan. so nak pi jumpa adik baru. huhu akhirnya impian ibu tuk ade anak perempuan tercapai walaupun hanya anak angkat. huhu mesti adik-adik aku buli dak kecik nie nanty. tunggu la kakak korang nie balik nyerk!! dah nak siap lesen P aku nie, pas nie merayap je la keje aku ngan adik-adik aku nie. huhuhu dikesempatan nie jugak aku nak ucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada ibu-ibu atau pun yang bakal menjadi ibu tak lama lagi.. sayangilah IBU anda sebelum mereka pergi meninggalkan anda semua. biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Jangan sedih sebab putus ngan seorang PAKWE/MAKWE, tapi sedih la bila putus ngan seorang IBU/MAK/MAMA or UMMI.


Sekian dari saya FARAH SUBHI melaporkan. huahuahuahuahua gedik kan?? begini la bila dah kebosanan yang melampau, nak mesej pakwe, duk sibuk ngan kejenya. menyampah pulak aku rasa. ntah bila nak jumpa pon aku tak tahu la. ntah raya baru dapat jumpa kot. duk menunggu die masuk meminang aku pon tak tahu bila, 24 jam buzy ngan kejew. bila aku buzy kejew pandai marah aku, bila kena kat die, mula bagi alasan. nasib la aku sayang kau SHAHRUL, kalau tak memang dah kena tinggal ngan aku. huahuahua hadiah bzday kau pun ntah bila nak bagi pun aku tak tahu, dari tahun lepas bawak ke tahun nie, tahun nie bawak ke tahun depan last-last aku xpayah bagi kat kau,. abeh cerita!! kejew kat manjung balik la, leh jumpa die hari-hari n leh teman die main futsal sambil usha member-member die, huahuahua member-member kau semua dah berkahwin, kau tue ntah bila la. tunggu die masuk meminang aku je skunk nie, family dah bagi lampu HIJAU. ~saya sayang awak selamanya~



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

6 Mei 2012

Makan dan Makan Lagi.....

Minggu nie aku tak kemana-mana, dah la hari sabtu kena kejew! pulak tue takde kejew nak buat kan, kat office aku duk melukis je kejewnya, ok la tue kan? janji aku tak kacau orang, itu pun ade gak orang dengki!! lantak la! janji aku tak usik orang. sudah!! konon nya petang tue nak g pasar malam, tapi xjadi, kitorang g beli barang dapur kat MYDIN jew, murah pun murah. aku pun pi la usha ikan n ayam. tengok punya tengok aku amik la sekor ayam n sekor ikan siakap. murah lak tue. jadi la kan! tuk buat makan je pon. hahahhaha ikan siakap tue aku beli sebab nak masak "siakap tiga rasa" sebab dah teringin sangat tue yang sanggup beli, n malam tue nak buat "apam pakadot" sebab die comey, so ingat nak buat. tue yang nak mencuba dulu, hahahhaa. dah la buat dan2 xcukup barang. memang gelak sakan kitorang semalam. gambar orang aku tak dapat tangkap sebab privacy kan. yang seronok nak buat sebab warna warni. dah raca macam bukan nak buat kuih, tapi men warna-warna pulak. disebabkan acuan apam tue xdew, so kitorang punya "apam pakadot" tak berape jadi comey. tapi dah terasa sedap tau.hahahhaha. malu nya la,. tapi sedap kot!! serius tak tipu. tapi seronok buat.. hahha. 
dah la aku nak pi kuar nie,






nie MENU aku n kawan-kawan aku tadi, hehehehhe

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

4 Mei 2012

Rezeki Datang dan Pergi

sekian lama tak update nie tau!!
alhamdulillah hari nie aku dapat gaji, walaupun tak banyak tapi rezeki tue masih ade. maklum la bulan nie jew aku banyak cuti, tue yang gaji banyak kena tolak. tapi still leh simpan ag! yeke leh simpan? macam tak je aku rasa. dapat je gaji, aku terus kuar buat "cermin mata" baru. itu pun just tukar cermin jew! dah kena rm140.. bayar bil "broadband" rm50. pas tue duit nak beli barang dapur rm50 gak! ade la simpan sikit. itu pun nak kuar lagi nanty! adoi... ekonomi semakin meningkat. duit lesen lagi rm250. lom lagi duit saja-saja!! ape pon aku kena lepas kan yang penting dulu. yang lebihnya baru la nak simpan or nak guna. hahahaha. nak shopping, aku dah shopping guna duit ayah aku bagi tuk wat lesen! hahaha. so duit gaji kena cover balik tuk buat lesen! dah la beli seluar jeans 2 helai xmuat. dah rugi rm60 tau! peha aku besar sangat. tak puas hati esoknya ajak member kesayangan aku g "uptown shah alam" semata-mata nak beli seluar jeans. 2 helai aku borong! rm90 tau. tue la aku kalau dah dapat beli baju macam tue la. lagi-lagi time aku gila nak beli kasut, beg or seluar jeans. tapi saya tak mampu nak beli yang berjenama macam awok-awok semua. janji benda tue elok, selesa dipakai tue dah mencukupi! tapi aku nie jenis kedekut nak beli barang yang berjenama! kalau nak beli perkara pertama yang aku pikir pasal makanan. hahahha terukkan???  yela sesetangah orang sanggup berlapar janji dapat benda yang berjenama. tapi aku tak! huahuahuahua raya pun dah nak dekat kan.. puasa pon nak dekat dah! so duit gaji bulan depan kena simpan sikit tuk shopping baju raya. insyaallah lau dipanjangkan umur!! sekarang nie aku berpuas hati walaupun aku selalu kena membebel sebab tak reti nak simpan duit sebab ape yang aku nak, aku just tunggu gaji n leh beli ape yang aku nak! huhuhu orang cakap rezeki tue takkan datang tanpa usaha! tul tak? betul la kan. ane ade duit jatuh dari langit dengan tiba-tiba. kena usaha baru ade duitnya! dah la. nak pi makan "BIG APPLE" yang aku beli tadi. tak sah lau kuar tak beli. meh sini >_<


mesti terliurkan?? hahahhaha  byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. ^___^

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~