temanku

30 Mac 2012

Zaman Dulu dan Sekarang

ha!
kali nie aku nak kongsi ngan korang semua pasal CINTA. mesti korang suka kan! dalam hati ada taman kan? weng2!! kadang-kadang aku rasa macam xpatut aku tahu pasal cinta nie. sebab ape nak tahu, macam-macam perasaan akan timbul bila kita dah terbabit ngan cinta nie. kalau tak caya ce tanya diri korang tue. jangan nak tipu la kan, sebab aku pon rasa cam tue gak. aku teringat masa aku form 1 dulu! duk sibuk nak cari pakwe. gatal kan aku? hahaha mana tak nya selalu duk usha abang-abang form 4 n 5. hahaha mula nak jadikan abang angkat! pas tue tangan gatal nak pakai enset. sanggup beli enset guna duit tabung! hahahha sumpah lawak bila ingat balik. pakai enset pun senyap-senyap.




enset nie la dulu aku pakai, banyak kali jatuh tapi still elok lagi kan. family aku bukan bagi pakai enset. aku pakai pun curi-curi tau sampai form 5. selalu kena membebel pasal duk pegang enset jew. duk mengatal sangat! siap kena sound ngan abang aku lagi. pas 2 dapat duit biasiswa pergi enjoy! belanje kawan-kawan. hahahaha lau aku tak usik duit tue mesti dah banyak sekrang. itu la namanya zaman budak-budak yang belum leh berfikir sepenuhnya. tapi alhamdulillah la dah matang sikit n dah leh fikir yang mana baik yang mana buruk kan! walaupun kadang-kadang ada gak buat silap. bila dah besar panjang macam nie mesti aku akan cakap "BODOH" nya aku dulu nyerk. banyak kesilapan yang aku buat. tapi sekarang nie aku tengok budak-budak zaman sekarang lagi untung tau! baru sekolah rendah dah pakai enset, enset pulak mahal-mahal. mintak la apa-apa dari family confrm leh dapat nya. terutama adik-adik tiri aku, alasan nya sebab diorang lulus exam! tapi bila tanya result lebih kurang aku je pon, tapi asal aku dulu xdapat pape. aku pun tak tahu nak salah kan sapa dalam hal macam nie. aku pun bukan nak buruk kan sapa-sapa. selalu gak aku bagi kata-kata semangat kat diorang tak kisah la spa pon! adik-adik sepupu aku selalu kena membebel ngan aku. bab aku tak nak diorang jadi macam aku, time aku serius aku akan serius tapi lau time aku gurau memang aku gurau. diorang pon suka cerita pasal masalah diorang kat sekolah kat aku. aku sebagai yang tua layankan aja la. lau tengok kat FACEBOOK yang semakin famous sekarang buakn main lagi dak-dak sekolah sikit-sikit pasal "PAKWE/MAKWE" xdew orang lain kew ha adik-adik! nak marah pun tak leh! just mampu tengok je la,.. orang kata budak-budak baru nak meningkat remaja la katakan. biar la dia merasa, bila umor dah tua sat lagi baru kau tahu apa yang aku rasa sekarang. bukan tak bagi bercinta, tapi orang kata abih kan belajar dulu. tengok macam aku tak nak dengar cakap orang tua. ha ape jadi sekarang! jadi seorang pelajar la.. bekas pelajar ILP IPOH.. toink2!! walaupun belajar tak tinggi mana ekles ada gak pengetahuan kan.


tak pe la adik-adik semua, aku sebagai yang tua just nak kongsikan ape yang aku rasa sekarang! menyesal tak belajar betul masa sekolah dulu. duk sibuk ngan kehidupan dunia jew. nanti lau dah abih spm g la sambung study jangan nak duk umah jew baik laki ngan perempuan. lau perempuan tue takpe lagi duk umah just nak tunggu orang masuk meminang jew kan. tapi yang lelaki pulak takkan nak tunggu orang masuk "meminang" gak. pelik aku dengarnya. hahahhaha tak payah la bercinta dulu sekarang nie, tengok macam aku nie bila dah kejew sekarang malas nak pikir sangat pasal cinta nie! yang aku pikir nak cari duit tuk masa depan, nak beli kereta,umah n bantu family yang susah! dengan cara tue jela nak balas pun kan. lau ada jodoh aku insyaallah tak kemana la. cuma tak tahu bila je kan. sekali sekala kena gak pikir pasal cinta bab nak amik fill jiwang. hahhahaa. dah cukup la aku merapu nie! ingat nak sembang pasal lain last-last jadi cerita aku pulak.. hahahha

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

28 Mac 2012

patut kew?

hari nie aku rasa macam happy sangat! pasai pa pun tak tahu,. asyik gelak je dari pagi tadi. sekarng nie mood aku dah berubah, aku rasa macam nak nanggis jew. apasal ha? tolong la aku. argh!!!!!!!!!! napa la ngan aku nie?? aku cemburu tengok korang bahagia ngan family n pasangan korang. tapi aku....... susah la aku nak cakap, memang kadang-kadang orang tengok aku nie macam takde masalah pun. tapi disebalik gembira tu, urm! hanya tuhan je yang tau. sekarang nie aku tak nanggis lagi, cuma rasa sebak je,. huhuhu

insan yang aku sayangi!
awak, saya dah jatuh hati kat awak la. saya rasa nak je saya g tau awak yang saya sayang sangat kat awak. tapi saya tak leh wat cam tu. saya tak nak awak jadi benci kat saya. biar la awak bahagia ngan insan tersayang walaupun saya tak tahu sapa insan tersayang tu! mungkin saya bukan jodoh yang terbaik untuk awak. tapi sampai bila saya kena fikir pasal awak nyerk? kenapa perasaan kita tak sama nyerk awak? awak jawab la! tapi saya tahu, saya tak berhak nak paksa awak suka saya, biar la ia datang ikhlas dari hati awak. PATUT KEW saya simpan perasaan nie lagi kat awak?? saya harap suatu hari nanty awak tahu yang saya sayang kat awak sangat! walaupun antara kita takda jodoh..



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

27 Mac 2012

Menjadi Isteri Idaman Suami

toink2!!
hari nie aku nak kongsikan ngan korang semua pasal 1 benda nie! yela, asyik cerita pasal aku jew kan mesti korang bosankan,. tapi! nie kan blog aku, suka hati aku la nak cerita pasal ape pon, tak suka korang boleh blah la! maaf!!!! ter"emo" sekejap,. hahahhahaha ok la kita balik kepada tajuk aku tu, setiap orang inginkan KEBAHAGIAAN tol tak?? jangan kata tak pulak nyerk.. sedangkan aku pun nak kan kebahagiaan,. memandangkan umur aku nie pon dah masuk alam dewasa. eh3! dah kew? hampir-hampir la kot,. hahahahha so mula la nak mencari teman hidup bersama! malu pulak saya,. hahahahaha urm! alamak dah takde ayat yang aku nak kuarkan. jap amik feel balik! ok kat sini aku nak kongsikan mengenai "menjadi suami idaman seorang isteri" dan "menjadi isteri idaman seorang suami" takkan nak kongsikan satu je kan,.. so nak bagi adil aku buat dua2, ha mai sini tengok!

"Menjadi Suami Idaman Seoarng Isteri"

1. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang . isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar . apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak .

2. Jadilah suami yang pemaaf . syurga isteri di bawah tapak kaki suami . maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga .

3. Pasang niat dan doa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak akan menjadi suami yang cemerlang.

4. Jika sudah berumah tangga , bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri adalah pasangan yang terbaik TUHAN berikan

5. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Si suami yang sering mengabaikan penampilan anda.

6. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat kemahuan, keperluan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isetri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

7. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ramai yang sering mengabaikan tanggungjwab seperti ini kerana mendahului orang lain.

8. Mengingati si isteri melakukan perkara yang disuruh oleh ALLAH supaya anda mendapat kebaiakn diakhirat kelak.


ok la cukup la tue 8 perkara untuk korang semua bagi yang dah berkahwin or bakal berkahwin.. bagi yang si "suami" pulak mesti nak jugak kan! mai sini

"Menjadi Isteri Idaman Seorang Suami"


1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!


2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

 yang nie panjang sikit! nama pun "isteri" kan,. faham-faham jela,. bagi aku dua2 penting bagi sama-sama menjaga perhubungan, jangan nak terlalu ego sangat!! buang ego korang yang tinggi tue tau,. bak kat orang "sapa tak sayang suami@isteri" betul tak.. benda nie bukan untuk suami isteri yang dah berkahwin sahaja, yang bakal-bakal tu pun leh amik tau gak.. benda nie pon aku just amik dari sumber-sumber yang lain tuk kongsikan tuk korang,

lagi satu tuk sapa-sapa yang bakal "berkahwin" aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU.. member aku pun tak lama lagi akan menamatkan zaman bujang nya pada 15/4/2012 nie, insyaallah!!






seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

26 Mac 2012

ku syok kat dia

wink2!!!
hahahahah. aku yang kebosanan apabila kerja aku dah siap, mula la mengambil kesempatan nak update blog!!
dah perut tengah lapar yang teramat nie,. krukk2 die bunyi,. huuhuhuhuhu.. aku nie dah la tengah angau kat seseorang mamat nie.. malas la nak cakap sape kan.. biar aku je yang tau,. tapi! aku tak nak simpan perasaan nie lama-lama,. hahhahaha biar la dia,malas nak pikir pun sebenarnya,. hahaha,. sejak akhir-akhir nie aku banyak sangat memikir,. dah mula tabiat lama aku nie! macam-macam aku pikir, terutama SIAPAKAH JODOH AKU?? hahaha saja nak berangan nak "kahwin" ngan putera raja, huhuhu.. sebenarnya aku memikirkan masa depan aku,. hehehhe,. tak sabarnya saya nak balik kampung jumpa nenek,atok n abang kesayanganku,.

sambil-sambil tue kan aku nak kongsi lagu ngan korang la kat sini

 mari kita dengar


aku suka sanagt lagu nie,mula-mula dengar mengutuk tapi bila dah menghayati memang best la,..

ade lagi satu lagu yang member aku bagi untuk aku,jom usha lagu apew..


 nie member aku untuk aku,. hahhahaha,. ^_^

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

23 Mac 2012

percutian ke PANTAI BATU BURUK,TERENGGANU

hey guys!!!
lame dah xupdate rasanya, huhuhuhu bukan xnak update, tapi line internet slow sangat la. tue yang malas nak update. sekarang dah masuk bulan 3 kan, sekejap je masa berlalu.. pratikal pon dah nak abih! seronoknya rasa! YES!! pas abih pratikal tenang kan fikiran dengan pembelajaran, insyaallah lan 7 lau dapat sambung lagi, aku kembali jadi seorang pelajar.. nak pilih tempat study pon pening tau, ada yang suh belajar kat shah alam je ade yang suh belajar kat melaka,.. last2 pilih dua2, ane yang dapat aku g! hahahhhahaha so sekarang aku kejew jew dulu kat tempat pratikal nak cari duit bab nak "KAHWIN" eh3!! silap lak,. simpan duit nak beljar n nak beli kereta,.. cewahhh!! angan-angan,. insyaallah lau ada rezeki la,.. semangat sangat nak abih pratikal sampai aku terpakse amik CUTI sebab nak follow g "bercuti".. hahhhahahha,.. bila aku pikir-pikir balik aku nie suka-suka jew amik cuti, tapi aku tak kisah pon,.. walaupun gaji bulan nie kurang! janji tapi tenangkan fikiran aku yang serabut nie,.

hari yang ditunggu-tunggu pun tiba!!! jeng3,.. kitorang g TERENGGANU pada 12/3/2012 sampai 14/3/2012.. time g 2 budak-budak sekolah ngah cuti! so aku pun nak cuti gak,. hahahaha.. aku ingat kan g 1 family jew, rupe-rupenya 3 family,.. kira nya kitorang g 4 buah kereta, konvoi "family day 4X4 terengganu" tapi yang nie group kecik jew untuk yang dah berkeluarga,. akhir bulan nie baru yang terbesar tapi kali nie masuk hutan la kot! dengar-dengarnya macam tu la,.. hahahhaha sebelum nak g tue adik aku pulak demam, boleh dikatakan masing-masing tak sihat.. perjalanan kat sana memang lama gila,. bayangkan kitorang gerak dari rawang kol 9 am lebih kurang cam tue la sampai kat sana dekat kol 6 pm gak la,.. masuk kawasan terengganu jew,sepanjang perjalanan asyik hujan jew,.. sampai sana aku pulak yang demam! memang terbaik la kan,. dan2 g sana la musim hujan, tak seronok rasa,.. sepanjang duk kat sana, 1 benda pun aku tak ingat! aku lupa yang aku datang sana just g bercuti jew,. bila nak balik selangor jew aku dah sedih! sebab aku leh lupakan masalah aku yang selama nie aku pikir,. wah!! bertapa kuat nya pengaruh  kat TERENGGANU tu,. tak lupa gak kat sahabat aku yang sorang nie, dia yang paling "excited" masa aku nak g sana,. tapi rezeki tak menyelebahi kami, bab kitorang xdapat jumpa walaupun masa tu dia dah ada kat situ, yang pertama dan2 dia datang pantai, last-last ribut! so dia n aku terpaksa tengok dari jauh,.. malam tu pulak tayar motor dia pancit! sedih gak la bila xdapat jumpa dia, tapi hakikatnya kesian bab dia sanggup nak datang semata-mata nak jumpa kawan kesayangan dia nie,. hahahhahah nak persan jap! thnkz PAK DIN yang sudi jadi teman gaduh aku selalu,.. dia selalu kena buli ngan aku! haahhahaha,. dia jew cian nak buli aku balik,. hihhihi

 masing-masing gila duk main moto ATV

makan besar malam tue!
 
 mengambil ketenagan ditepi pantai sambil melihat ombak "rindu" bak kat dak2 nie

sweet couple! hahahhaha nie la MY MUM(maksu) n MY DAD(paksu)
 nie la hero si gadis-gadis!! pekerja MAKCIK aku

 nie jejaka perasan ensem! adik sepupu aku yang kuat perasan,.. KHAIRUL SYAFIQ baru form 4

yang budak manja! adik kepada khairul,. nama die KHAIRILL SAFWAN baru form 2 tapi aktif ngan motocross n lumba basikal



tue la sikit coretan yang aku dapat kongsikan! k la nak sambung buat kerja nie..
bye

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

7 Mac 2012

jujur aku benci

uuurmm!
hari yangg sungguh membosankan bagi, masuk bulan 3, aku lalui bulan yang sangat menyedihkan bagi aku n menyakitkan hati yang teramat,. dah la baru-baru nie aku hilang seorang member.. pas 2 makin lama makin ramai menjauhkan diri dari aku! asal? jahat sangat kew aku nie sampai korang semua taknak kawan ngan aku! mybe aku tak sebaik korang so bab tu aku tal layak BERKAWAN ngan korang kan,. ok fine! mulai ari nie aku tak kan kacau hidup korang, maafkan aku lau korang kol aku n aku buat-buat tak kenal,.. hahhahaha,.. aku tak kesah pon wey!! hidup aku dari dulu memang selalu kekosongan.. kadang-kadang aku terpikir macam ALLAH nie xadil ngn umatnya! tapi aku tak salah kan takdir, mungkin dah tertulis hidup aku akan jadi cam nie, so aku terima dengan rela hati, MANUSIA kan mesti ada rasa sedih gak kan,.. nanty kate takde perasaan pulak,.. dah la aku jauh ngan abang-abang aku, nenek n atok aku,. lau tak memang aku tak kisah la samaada korang wujud or tak,.. lau la ARWAH MAK ade, mesti aku selalu cerita masalah aku ngan die, tapi dia dah takde, aku cuma mampu luahkan kat sini jew la,..

tamat sudah!

wink2!! lom ag la,. ade lagi aku nak cerita nie,.. minggu depan dak-dak sekolah dah start cuti, best nya aku rasa,.. cam aku pulak yang dapat cuti,.padahal dah lama tinggalkan sekolah,.. seperti kebiasaan aku telefon nenek aku bertanyakan khabar,.. selalunya aku bukan men susah nak tepon,. semenjak masuk 2012, bloh dikatakan tiap-tiap minggu aku tepon nenek aku,.hahahha bukan taknak tepon ayah aku,.xdew benda yang aku nak kongsikan pon,., cuti sekolah nie PAKSU aaq nak g bercuti kat TERENGGANU,. memang aku tak nak lepaskan peluang yang ada,. walaupun aku ngah pratikal skunk,. maklum la, aku bukan ade family macam korang yang nak bawak g bercuti, so terpaksa menumpang kasih PAKCIK aku,. aku bukan leh sangat berenggang ngan diorang,. hahahhahhaa,. tak sabar nak tunggu hari isnin nie, harap-harap aku dapat g la,. huhuhuhuhuhu

k la! aku nak layan lagu yang mengarut-ngarut nie,.
hahahhahahaha

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

2 Mac 2012

sedapnya

aku nie dah la kebosanan duk kat OFFICE nie, dengan perutnya yang lapar,.. hahahahhaha dah tak tau nak wat pe ag,asyik FACEBOOK je pon bosan gak, ape lagi buka google n then taip resepi yang aku nak,. hahahhahaha bab aku nie suka memasak, so cari la resepi yang baru, cari punya cari, aku jumpa resepi LASAGNA, pergh! aku dah lama xmakan benda nie, sedap la tu, selalu asyik makan kat kedai jew kan, kali nie aku nak buat, xsabar saya nak balik umah,. ahahhahaha macam-macam resepi aku dah dapat nie, semua aku nak wat lau leh.. hahahhaha dah terliur rasanya tau,




ha amik kaw!! mesti korang pon terliur gak kan,.. padan muka!! hahahhahahhaha jahatkan aku....

cian kat korang,aku syorkan korang buat sendiri lagi puas hati,nie amik nie aku bagi

RESEPI LASAGNA

nie untuk 6 orang leh makan


·         300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
·         1 botol prego (yang kecil)
·         2-3 batang celery
·         cendawan butang (sebanyak yang suka)
·         2 biji tomato (potong dadu)
·         1 biji lobak merah (dihiris halus)
·         1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
·         2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
·         2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
·         Sedikit lada sulah
·         Garam secukup rasa
·         Gula secukup rasa
·         Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
·         3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
·         2 sudu besar mentega
·         4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
·         1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
·         1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
·         Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
·         (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
·         Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan
Cara-cara
1.    Panaskan oven 180 C
2.    Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
3.    Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
4.    Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
5.    Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
6.    Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
7.    Sediakan sauce pan, panaskan.
8.    Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
9.    Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
15. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
16. Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp :D
17. Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu yew)


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

takot nak BERKAWAN

salam pagi JUMAAT, penghulu segala hari!
hari nie dah masuk 02/03/2012 pon, tapi 2 hari juga la ko diamkan diri nyerk wahai enset,.. hahhahhahha,.. orang saje je! pagi-pagi lagi dah wat mood tito aq terganggu dek kerana mesej yang aku dapat dari seorang awex member aku yang berbunyi begini "jgn kol or mcej alg ag, k cekom" bgtu la... mesej 2 telah diterima pada pukul 2.13am,. jeng3!! huhuhuhu n aku pon nak kan kepastian aku bagi la mesej tanya kenape, rupe2nya diorang dah nak bertunang,. bagus la,. seronok aku dengar.. tapi asal la sampai nak putus kawan lak, bila ditanya bukan putus kawan, abih tua apew, putus tali pusat?? memang terkejut gila la,.. dia ingat aku suka kat buah hati pengarang jantung die kew? wah! tak mungkin akan jadi begitu.. aku suka bila dapat tau ko dah ada awex n aku suka dapat jadi member ko, ko la yang banyak dengar masalah aku, tak kira la besar anew pon,,. bila ko ade masalah ko selalu akan cari aku, sama gak cam aku,.. sampai aku tepon mak n adik ko,.. ko pon sama kan,.sampai gunakan keluarga ko,. serius aku suka gila berkawan ngan ko,..sanngup ko cari no aku padahal masa tu kita dah lame xcontact sebab ko nak cerita kan masalah yang menimpa diri ko,.. aq dengar je cerita ko,.. ko selalu kena maki ngan aku kan... hahahhhahha aku ingat lagi benda tu semua n then ko cakap ngan aku yang ko nak berubah,. pas 2 aku ketwa kan ko, ko marah aku.. mana la tau ko main-mainkan aku jew sebab ko kata ko suka kat aku, tapi ko terlambat masa tu,.. sebab aku dah ada pakwe,. sian ko,.. tapi aku tak nak pon kat ko, sebab ko tue gila orangnya.. n slow2 aku nasihat kan ko supaya ko berubah, bila ko dapt jew awex, mesti ko kena maki ngan aku, sebab ko suka main-mainkan perempuan.. pas 2 ko siap warning awex2 ko jangan sesekali sound aku,.. sumpah lawak beb,. bagi aku lama gak la kita berkawan kan, dah dekat 5 tahun, dari seorang musuh sampai la jadi member baik aku,.. susah senang kita bersama, walaupun umor ko lagi tua dari aku, tapi dari fizikal ko lagi kecik dari aku along,.. n ko suka kol aku,.. sampai abih kedit ko ngn aku kan,. sebab nak dengar cerita mengarut ko,. tapi itu semua dulu la..,. aku doakan ko bahagia la ALONG,.. pas nie la lau aku tak angkat or tak balas mesej faham-faham jew la,. sebab aku kesian kan awex ko, sebab dia sayangkan ko sengal,.. moga korag bahagia selama-lamanya,.

nie la member aku tu


dah la malam tadi aku sedih, sebab aku mesej ngan seorang mamat nie,. dia suka wat aku tersenyum sorang-sorang,.hahhhaha tiba-tiba dia cakap aku tak iklhas mesej ngan dia,. sebab aku tak banyak bertanya,. urm,. ntah la ,.. ramai member-member aku yang jenis memilih, aku tau aku tak la secantik anew, tup2 senyap camtu jew,..padahal korang yang mintak nak berkawan ngan aku,.. serius aku dah takot nak berkawan ngan orang lagi,. tiba-tiba aku terpikir sesuatu, aku selalu gembira sangat bila dapat kawan baru, tapi kita gak kena selalu beringat gak,.. pas 2 bila korang dah xnak kawan xkan la aku nak terhegeh-hegeh pulak kan,.. biar la takde kawan pon janji aku tak sedih macam sekarang,.. sorang-sorang member jauhkan diri dari aku,,. MANUSIA SEMUA TAK SEMPURNA WEY!!



  "kita jangan terlalu gembira sangat bila ianya baru BERMULA kerana kita akan kesedihan di AKHIRNYA" 


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

1 Mac 2012

...............

urm!
bosan nya saya,.. huhuhuhu pas 2 perut pulak lapar.. bab xmakan tengahari,.. biase la kan kejew malam duk pulak dalam aircond memang la,,, pas 2 ape lagi g masak la,... asrama kat atas OFFICE jew,.. hahahhaha,.. member masak nasik goreng kampung, pergh sedap doh,. kenyang perut saya.. semalam secara tak langsung dapat member baru, suke wat saya tersenyum sendiri, harap-harap untuk hari2 seterusnya,.. setakat nie saya hargai,.. hahahhaahha... disebabkan saya rindu kat MYBROTHER nie hadiah untuk diorang, itu menandakan saya sayang kan diorang,..


lau ARWAH MAK ade mesti die suke kan,... moga-moga MAK ditempat ditempat orang2 yang beriman,. ~amin~













































seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

kembali semula

wah!!!
lame nya aku menyepikan diri, sian blog aku nie,. huhuhuhu dah berhabuk dah rasenya, nie yang nak service jap nie,... nak cerita pasai pew pon aku tak tahu la wey!! xdew idea la,.. dah sebulan aku tak balik umah,windu rasenya kat IBU n ADIK-ADIK aq,.. windu nak gaduh ngan dak2 kejew IBU,.. hahhahahahahha nie semua gara-gara pekerja yang tak bertanggungjawab, dah dibagi amanat tapi tak ditunai kan, sedih tau xdapat balik, semua tepon tanya nape tak jadi balik,... dah tu aku nanggis last nya,.. CEWEK tol aku nie,.. selalu kena bahan ngan ayah aku n abang2 aku,. hahahahha,.. windu la kat ALONG saya, dah 2 bulan xjumpa die, xsabar nak balik pas abih pratikal, nak gaduh ngan die,. wink2!! ANGAH pulak dah kejew kat penang,.. pulak tu susah nak balik,. ngade2 nak g jauh2, nasib la ko kejew situ xlama,,.. lelaki nie ego die tinggi, hahhahhaha macam abang aku, windu kat aku taknak ngaku,. ceh!!! xboleh bla tol, dia cuma pesan soh tepon selalu,.. hahhahahhaa ciap2 kan la duit banyak-banyak untuk adik kesayangan mu nie balik,. tapi lau balik pon mybe tak lame kot, bab nak kejew la,. hihihihi nak wat lesen nie, paksu bagi pakai kereta dia,. hhahhahaha senang aku nak g jalan-jalan ngan adik-adik aku nie,.. pas nie IBU pon dah xsusah kan,. bab lau g niaga leh farah drive lau IBU dah tak larat, cian IBU,,... HARI IBU lambat ag, tapi dah pikir dah nak bagi hadiah kat ibu apew,... dah 2 tahun janji nie,. hihihihi skunk dah kejew leh la guna untuk bagi IBU hadiah n nak bagi NENEK, ATOK, ALONG, ANGAH n ABAH,.. huhuhuhu jap ade ag tak yang tercicir!! eh3 ada la,.. adik-adik aku pon kena bagi gak, siap janji nak wat party sama2 ag tue,. best2..

MISS MY FRIENDS

pratikal lagi sebulan jew ag, xsabar nak baih dah,. pas 2 1/4/2012 nak jumpe diorang, mesti best kan... walaupun just kumpul kat teluk batik,tetap akan menjadi kenangan antara kitorang.. MISS gile kat diorang,.. harap-harap benda nie jadi la.. yang best nya dapat sambutan dari korang semua.. ari isnin tu pulak kita antar buku log sama-sama,. pas nie mesti susah dah nak jumpe korang,.. harap hubungan kita semua kekal untuk selama-lamanya,.. hihihihiii rasa cam lambat jew nak 1/4/2012 tu,. bab dah xsabar nie wey!!!!


k la tue, nanty malam update ag lau saya rajin la,..
assalamualikum

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~