temanku

29 Jul 2012

Hilangkan Bosan

Nikmat betul bila balik rumah!! Rasanya tak betah la duduk asrama kalau sabtu ahad. Lebih selesa duduk asrama dekat ILP dari dekat ADTEC. Tak tahu la pasal apew. Nasib la rumah dekat leh la balik tiap-tiap minggu tapi sampai bulan 11 nie jew pun. Pas nie dah jauh dah. Maklum la ABAH dah pencen, so duduk kampung. Rumah dekat bangi mybe jual or sewa. Nasib baik rumah my BFF ade dekat sini. Dia pun rajin melayan aku. Bila dah bersama dua-dua jadi mereng! Teman susah senang pasti bersama. Macam aku cakap tadi bila dah bersama memang dua-dua confirm tak betul. Tak kira la depan orang ramai or takde orang. Ikut dan kami je nak memekak or nak mengutuk. Semalam ikut dia keluar dengan pakwe dia pi karaoke. Tapi aku bukan jadi nyamuk tau. Sebab pakwe dia bawak member dia sekali. So deal la kan. Bulan-bulan puasa sepatutnya pi terawih tapi kami pi karaoke. huhuhu. Memang gila-gila la karok semalam. Dah la aku batuk n sakit tekak. Dan-dan mula kena nyanyi. Pulak tue banyak lagu duet pulak tue. Mula-mula malu la. Lama-lama dah tak malu dah! huhuhuhu. Masuk nie, kali kedua aku keluar dengan dia,pakwe dia n member dia. Sebelum nie keluar tapi ikut diorang pi memancing. Sebab pakwe dia n kawan pakwe dia nie memang kaki pancing. Sepanjang aku karaoke aku cukup tak suka nyanyi lagi perempuan. Tapi semalam keluar kena duet lagu "OMBAK RINDU". Ce bayangkan suara adira cam ne. Suara aku nie dah la macam lelaki, tambahan pulak sakit tekak. Memang lembut habis dah buat. Nasib baik berjaya jugak aku nyanyi! Sebelum nie g karaoke dengan ENCIK masa dekat ILP dulu kena nyanyi lagu "matahariku". Time tue keluar dengan dak-dak pingpong. ISH33!! Pelik-pelik je rasa. Dekat 3 jam jugak la semalam karok. Maklum la orang belanje kan. So ikut jela! Itu pun sebab aku dengan member dah ngantuk. So diorang pun terpaksa hantar kitorang balik. hahahaha. Ape pun enjoy jugak la semalam. Sebab hari nie aku dah kembali ke hostel. Nak tunggu jumaat lamabt pulak. Nak balik!! 



seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

28 Jul 2012

Kahwin Muda

Fuh!! Dusebabkan aku bosan tak tahu nak buat apew. Aku pun mencari ENTRI yang menarik supaya boleh menghilangkan bosan aku. Tiba-tiba teringat pulak cerita yang tengah panas sekarang nie. Kisah budak 16 tahun n 14 tahun yang telah sah menjadi suami isteri. Ape pun tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut. Memang mencetus kontroversi jugak lak kan. Maklum la budak bawah umur kahwin kan. Siapa tak terkejut! Saya pun terkejut. Macam tak caya jew. Itu la yang dinamakan jodoh!! Orang dulu-dulu pun kahwin bawah umur gak. So bagi aku takde masalah sangat la benda nie semua. Ape pun diharapkan pasangan nie bahagia hingga ke akhir hayat. ~amin~ TERBAIK LA ADIK SYAFIQ N YANA.








SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK MEREKA BERDUA


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

Pulau Perhentian

Hari Sabtu yang membosankan! huhuhu. Nasib baik bulan puase tau, lau tak memang selamat la dapur aku kerjakan. Maklum la dah lama tak masak nie! Jadi gian pulok. Sedar tak sedar dah sampai hujung bulan rupanya. Tak tahu nak update pasal apew! Tiba-tiba terasa nak update satu tempat yang menarik yang aku nak pi, tapi tak tahu bila. Tempat nie dah lama aku usha. Cuma takde member je nak pi. Entah bila dapat pi pun tak tahu. PULAU PERHENTIAN yang menjadi tempat persinggahan aku nanty. Aku tertarik sebab pantai dia yang cantik. Aku pun bukan tau sangat pasal PULAU PERHENTIAN nie. Ada sape-sape yang sudi bawak aku tak?? hihihi. Nak honeymoon kat sini lorh! huhuhu






Ce tengok gambar dia! Cantek kan. Saya nak pi sini. Jom bawak saya please. :D

seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

26 Jul 2012

Ceriakan Hidupmu

Assalamualaikum.
Bersawang gak blog aku nie setelah sekian lama tak berupdate. Maklum la buzy sikit skunk nie, huhuhuhu. Sebelum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. Puasa tahun nie bagi la penuh bagi yang suka langkah-langkah tue, KECUALI perempuan nyerk! Sedar tak sedar dah 3 minggu aku study dekat ADTEC SHAH ALAM nie. Pergh! Baru-baru masuk nak kena perah otak. Terasa macam menyesal pun ada. Tapi dah rezeki aku untuk sambung so terpaksa teruskan jugak. Lagi pun bukan lama sangat pun. Tahun depan dah nak pratikal, Doa-doakan la aku lepas sampai abih nyerk. Aku taknak repeat-repeat nie wey!! Kalau boleh nak abih dengan cemerlang. Study kali nie tak boleh banyak main-main lorh! Kena serius. Kalau banyak main confirm la kena repeat. Apa pun aku selesa dengan kehidupan aku sekarang. Masalah pun setakat nie takde, Cinta cintun aku dah campak jauh-jauh, tapi still mencari! :P Dah lewat dah pun, esok ade kelas so cek nak tito.


seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~