temanku

27 Mac 2012

Menjadi Isteri Idaman Suami

toink2!!
hari nie aku nak kongsikan ngan korang semua pasal 1 benda nie! yela, asyik cerita pasal aku jew kan mesti korang bosankan,. tapi! nie kan blog aku, suka hati aku la nak cerita pasal ape pon, tak suka korang boleh blah la! maaf!!!! ter"emo" sekejap,. hahahhahaha ok la kita balik kepada tajuk aku tu, setiap orang inginkan KEBAHAGIAAN tol tak?? jangan kata tak pulak nyerk.. sedangkan aku pun nak kan kebahagiaan,. memandangkan umur aku nie pon dah masuk alam dewasa. eh3! dah kew? hampir-hampir la kot,. hahahahha so mula la nak mencari teman hidup bersama! malu pulak saya,. hahahahaha urm! alamak dah takde ayat yang aku nak kuarkan. jap amik feel balik! ok kat sini aku nak kongsikan mengenai "menjadi suami idaman seorang isteri" dan "menjadi isteri idaman seorang suami" takkan nak kongsikan satu je kan,.. so nak bagi adil aku buat dua2, ha mai sini tengok!

"Menjadi Suami Idaman Seoarng Isteri"

1. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang . isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar . apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak .

2. Jadilah suami yang pemaaf . syurga isteri di bawah tapak kaki suami . maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga .

3. Pasang niat dan doa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak akan menjadi suami yang cemerlang.

4. Jika sudah berumah tangga , bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri adalah pasangan yang terbaik TUHAN berikan

5. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Si suami yang sering mengabaikan penampilan anda.

6. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat kemahuan, keperluan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isetri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

7. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ramai yang sering mengabaikan tanggungjwab seperti ini kerana mendahului orang lain.

8. Mengingati si isteri melakukan perkara yang disuruh oleh ALLAH supaya anda mendapat kebaiakn diakhirat kelak.


ok la cukup la tue 8 perkara untuk korang semua bagi yang dah berkahwin or bakal berkahwin.. bagi yang si "suami" pulak mesti nak jugak kan! mai sini

"Menjadi Isteri Idaman Seorang Suami"


1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!


2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

 yang nie panjang sikit! nama pun "isteri" kan,. faham-faham jela,. bagi aku dua2 penting bagi sama-sama menjaga perhubungan, jangan nak terlalu ego sangat!! buang ego korang yang tinggi tue tau,. bak kat orang "sapa tak sayang suami@isteri" betul tak.. benda nie bukan untuk suami isteri yang dah berkahwin sahaja, yang bakal-bakal tu pun leh amik tau gak.. benda nie pon aku just amik dari sumber-sumber yang lain tuk kongsikan tuk korang,

lagi satu tuk sapa-sapa yang bakal "berkahwin" aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU.. member aku pun tak lama lagi akan menamatkan zaman bujang nya pada 15/4/2012 nie, insyaallah!!






seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dah PANDAI baca tue,TOLONG la komen sikit!!
^_^