temanku

15 Mei 2012

Terhina atau Menghina?




Fuhh!!
Banyak tul dugaan sejak akhir-akhir nie, semakin menjejak dewasa makin kuat dugaan nya nyerk. Dengan masalah family yang tak pernah selesai, ditambah pulak dugaan oleh masyarakat sekeliling! bukan bermaksud aku nak merungut atau apew, tapi aku dah sekuat dulu tuk menghadapi nya seorang diri. Seumur hidup aku belum pernah lagi aku dihina dengan begitu "kejam". Macam terasa bermimpi masa tue, maklum la kebetulan baru bangun tito! laju jew airmata nie keluar bila dengar perkataan yang aku sendiri tak sangka yang kau keluar kan tuk aku. Terasa masa tue aku la manusia paling hina ade kat dunia nie, tapi terpaksa aku gagahkan juga g office demi menjalankan tugas walaupun airmata nie tetap mengalir. Berat hati nak memaafkan kesalahan yang telah kau buat, tapi aku bukan seorang manusia yang kejam! walaupun besar mana kesalahan kau terhadap aku, aku tetap memaafkan kesalahan kau. Aku sedar aku bukan seorang yang terlalu baik. Banyak kesilapan yang telah aku lakukan, tapi tak perlu kau menghina aku !! n aku pun dah cermin muka aku yang "comey" nie. memang aku sedar siapa aku. Aku bersyukur dengan kurniaan ALLAH yang telah diberi untuk aku. Walaupun aku dah maafkan kesalahan kau, tapi still akan teringat-ingat difikiran aku. Aku harap kau adalah manusia yang pertama n yang terakhir menhina aku sedemikian rupa. Kau boleh benci aku walaupun kesalahan aku tak sebesar mana. Tapi aku tak boleh membenci kau. Sebab kalau aku membenci seorang manusia, lagi ramai manusia akan terus membenci aku! Aku cuma seorang manusia yang lemah, tak mampu untuk membuktikan ape-ape kebenaran kat kau. Sebagai seorang manusia, aku juga tak lepas melakukan kesilapan begitu juga kau. Setiap pertemuan adenya perpisahan, setiap perpisahan ade nya pertemuan yang baru! Biar la orang nak kata aku cuma berpura-pura, hanya diri aku jew yang mampu menyatakan kebenaran yang sebenarnya. Mungkin dah tertulis kehidupan aku begini, so aku akan cuba terima seadanya! Walaupun diluar aku akan ketawa, tapi dalam hati sentiasa menanggis. Aku tidak akan mudah putus asa kerana kawan-kawan aku juga yang banyak menguatkan aku untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh onak dan duri! Hati manusia kita tak boleh nak dijangka.


p/s:Andai kata kau terbaca CORETAN BLOG aku, aku harap kau ubah sikap panas baran kau tue! aku akan tetap terima kau jadi "sahabat" aku. Itu pun kalau sudi terima aku sebagai seorang sahabat bukan sebagai seorang MUSUH. Maafkan aku kalau kau tak suka tak cara aku, ini je la tempat untuk aku meluahkan perasaan yang aku pendam. Anggap la cerita ini diibaratkan "adik" kau yang menjadi mangsa penghinaan. Mesti kau akan tahu perasaan aku. N lagu kat atas tue kau fahamikanlah maksud yang tersirat, Aku dah faham maksud lagu tue. TERIMA KASIH atas semuanya >_<








seronok kew baca?? datang lagi nyerk! ~TERIMA KASIH~

1 ulasan:

  1. jgn sdih2 yew farah anggp jew smua tu dgaan untk ko yew..biar la org mghna kta suatu ary nnty allah akn tnjk jgk kbnran 2..

    BalasPadam

Dah PANDAI baca tue,TOLONG la komen sikit!!
^_^